Wednesday, September 10, 2014

Cuti2 sakan.

Hampir 3 bulan menanti posting, memang cuti sakan. Macam tak sangka, kurang dari seminggu lagi akan bergelar seorang pekerja selepas berbelas tahun jadi pelajar. Akhirnya, at last....

Post kali ni nak share tentang apa yang aku buat time cuti. Cuti kali ni ada pasang surut, kadang2 hambar sampai tak tau nak buat apa, tapi kadang2 seronok dan bermakna.

Aku balik ke Miri pada awal bulan Jun. Apa yang seronoknya, bila aku menjejakkan kaki ke tanah tumpah darahku ini, banyak perubahan telah berlaku! Ada shopping mall baru (Permaisuri Mall), ada pembinaan rumah kedai yang baru di tepi pantai dekat Marina Bay. Wow! Cantik dan teratur. Harap apa yang telah dibina ni akan dapat dikekalkan keindahannya agar bandar Miri tetap cantik dan indah. Yes!!!

Rumah kedai di Marina Bay



Pullman Miri

Permaisuri Mall


Selepas beberapa hari di Miri, sampai masanya untuk kembali ke kampung halaman. Time tu nak dekat2 puasa, so berpeluang untuk join mak jual kuih di bazaar Ramadhan. Pengalaman yang best walaupun terpaksa berpanas.



Hampir sebulan di kampung, aku kembali lagi ke Miri untuk berjumpa dengan yang tercinta hehe. Kepulangan aku kali ni membawa aku pulang ke kampungnya di Marudi iaitu di Long Entasan. Perjalanan ke Marudi agak sukar kerana jalan yang berbukit bukau. Namun ia tidak mematahkan semangat untuk meredahnya kerana di sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan indah pokok2 sawit dan sekitarnya daripada atas bukit.



Encik driver yang tercinta :)
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sampai saja di Long Entasan, aku terpegun dengan suasana yang tenang dan segar, jauh dari suasana bandar, best nya! Sebelah petangnya aku sempat membonceng motosikal dengan yang tercinta dan meneroka kawasan kampungnya. Hehe..





Ronda2 kampung
Rumah panjang pada sebelah malam


Hari kedua di Long Entasan, aku sempat melawat ke kawasan air terjun. Seronok dapat tengok budak2 mandi-manda. Kalau masa masih panjang, aku pasti ingin terjun dan mandi bersama mereka. Hmm.. Sayangnya.. Sebelum pulang, aku sempat bergambar dengan neneknya. :)



Aku kembali lagi ke kampungku di Dalat selepas seminggu lebih di Miri. Musim buah-buahan telah tiba! Masa untuk menjual buah di tepi jalan.. Tapi sebelum menjual, kenalah ambil buah dari dahan dan bersihkan buah-buahan tu daripada semut2.

Rambutan dibersihkan sebelum dijual

Buah cempedak fresh dari dahan

Gerai di tepi jalan
Walaupun jualan tidak memuaskan, tapi pengalaman berniaga ini sangat berharga.
Next! Masa untuk masuk hutan untuk melihat keadaan pokok2 rumbia di kebun. Kami perlu berjalan agak jauh ke dalam hutan untuk ke kawasan kebun rumbia ini. Biar gambar ceritakan segalanya! :)

Perjalanan ke kebun Rumbia menggunakan perahu

Nenekku yang tercinta

Jalan masuk ke kebun Rumbia



Lastly, sebelum cuti ini hampir berakhir, aku sempat mengajak nenekku untuk melawat ke rumah burung. Mula2 masuk, rasa macam masuk ke rumah hantu di Fun Fair sebab sangat gelap. Satu pengalaman yang takkan dilupakan. :)

Sarang burung



Rumah burung

Sekian saja pengalaman cuti2 ku kali ni. Adios! :D

No comments:

Post a Comment