Monday, September 15, 2014

Coretan bebas.

Ha! Esok aku akan berangkat ke Johor Bahru yeah!!! Dengar2 cerita, hanya aku saja pelatih dari Borneo yang dapat posting di Johor. Aku pasti ramai orang di sekeliling aku, termasuk keluarga terdekat aku, terkilan aku dapat di Johor. 2 hari lepas, aku dapat panggilan dari seorang aunty yang merupakan kawan kepada ayahku. Dia seperti bersimpati aku dapat posting di Johor dan seolah-olah aku seperti dicampak ke sana, padahal kerja di Johor adalah memang kemahuan aku sendiri. Aku hanya terdiam dan mengiyakan kata2 nya apabila dia cuba mencari jalan agar aku dapat dipindahkan ke Miri.

Mengapa aku sanggup terbang menyeberangi lautan? Itu semua biarlah rahsia. Suatu saat semuanya akan terungkap sendiri. Biarlah apa orang lain fikir, yang penting aku tau apa yang aku ingin capai. :D

By the way, 2 hari lepas, aku telah menginap di rumah aunty aku di Taman Tunku. Seronok duduk di situ sebab aku dapat isi masa lapang aku dengan aktiviti mencabut bulu burung pada sarang burung. Menurut aunty aku, dia ambil upah mencabut bulu burung ini dengan seorang tauke Cina. Gaji untuk setiap keping sarang burung yang dibersihkan ialah RM2. Bagi aku, sebenarnya gaji itu agak sedikit jika dibandingkan dengan masa yang diambil untuk membuang bulu burung pada sekeping sarang burung, iaitu lebih kurang setengah jam untuk sekeping. Walaupun mengambil masa yang lama, tapi aku suka dengan kerja begini. Simple & relax, tapi memerlukan attention & concentration pada masa yang sama.


Sejak aku jejak ke bandar Miri minggu lepas, aku asyik menjenggah ke Sau Pau Bakery Cafe untuk membeli Chicken and Vegetable Pau. Sedihnya, pau selalu habis. Untungnya hari ni, aku dapat datang awal dan sempat membeli 2 biji pau. Bahagianya!!! Pau ni dalamnya sayur, isi daging ayam dan telur rebus. Ini antara pau yang paling aku suka di Miri. Sedap dan berjus!! Yummyy....


Sau Pau Bakery Cafe
Lot 1098 Jalan Permaisuri GroundfloorMiri 98000Malaysia

Sekian sahaja coretan bebas... :)

No comments:

Post a Comment