Sunday, June 15, 2014

Choose LIFE.

Sudah sekian lama aku ingin kongsikan tentang hal ini. Beberapa hari ini, aku rasa hidup ini singkat. Tiba2 aku rasa kematian akan menjengah bila2 masa. Perasaan ini seperti perasaan yang berjaga-jaga, ada juga rasa takut kerana jujur aku belum bersedia. Aku fikir, banyak aku belum lakukan, banyak aku belum capai dan sebagainya. Ia buat aku reflect balik, sebenarnya banyak masa yang telah aku buang, banyak peluang yang telah aku sia-siakan, banyak dosa yang telah aku lakukan. 

Semasa aku klinikal di satu tempat di Johor, aku berkenalan dengan seorang teman yang masih seorang pelajar seperti aku, masih dalam usia 20-an. Sedihnya, dia menghidap Diabetes dan perlu menjalani dialysis 3 kali seminggu. Aku dapat lihat kepedihan yang dia alami tetapi wajahnya tetap tabah dan ceria. Aku sangat kagum dengan semangatnya menempuh hidup ini walaupun dengan keadaan yang begitu. Aku cuba dalami dan rasai, jika aku di situasinya, kuatkah aku, tabahkah aku atau aku menyerah dan memilih untuk terlantar? 

Dari kisah dan pengalamannya, aku belajar bersyukur. Even dari pesakit2 yang aku pernah jumpa juga, aku belajar bersyukur. Kita yang punya fizikal, mental dan spiritual yang baik, kita seharusnya menggunakannya sehabis baik. Larilah sekuat hati menuju matlamat. Bekerjalah bersungguh-sungguh selagi terdaya. Bersemangatlah menjalani hidup. Cintai dan hargai orang sekelilingmu selagi mereka masih ada etc. Live your life to the fullest.

#bersyukurlah. Ingatan untuk diri sendiri juga. :D