Monday, September 15, 2014

Coretan bebas.

Ha! Esok aku akan berangkat ke Johor Bahru yeah!!! Dengar2 cerita, hanya aku saja pelatih dari Borneo yang dapat posting di Johor. Aku pasti ramai orang di sekeliling aku, termasuk keluarga terdekat aku, terkilan aku dapat di Johor. 2 hari lepas, aku dapat panggilan dari seorang aunty yang merupakan kawan kepada ayahku. Dia seperti bersimpati aku dapat posting di Johor dan seolah-olah aku seperti dicampak ke sana, padahal kerja di Johor adalah memang kemahuan aku sendiri. Aku hanya terdiam dan mengiyakan kata2 nya apabila dia cuba mencari jalan agar aku dapat dipindahkan ke Miri.

Mengapa aku sanggup terbang menyeberangi lautan? Itu semua biarlah rahsia. Suatu saat semuanya akan terungkap sendiri. Biarlah apa orang lain fikir, yang penting aku tau apa yang aku ingin capai. :D

By the way, 2 hari lepas, aku telah menginap di rumah aunty aku di Taman Tunku. Seronok duduk di situ sebab aku dapat isi masa lapang aku dengan aktiviti mencabut bulu burung pada sarang burung. Menurut aunty aku, dia ambil upah mencabut bulu burung ini dengan seorang tauke Cina. Gaji untuk setiap keping sarang burung yang dibersihkan ialah RM2. Bagi aku, sebenarnya gaji itu agak sedikit jika dibandingkan dengan masa yang diambil untuk membuang bulu burung pada sekeping sarang burung, iaitu lebih kurang setengah jam untuk sekeping. Walaupun mengambil masa yang lama, tapi aku suka dengan kerja begini. Simple & relax, tapi memerlukan attention & concentration pada masa yang sama.


Sejak aku jejak ke bandar Miri minggu lepas, aku asyik menjenggah ke Sau Pau Bakery Cafe untuk membeli Chicken and Vegetable Pau. Sedihnya, pau selalu habis. Untungnya hari ni, aku dapat datang awal dan sempat membeli 2 biji pau. Bahagianya!!! Pau ni dalamnya sayur, isi daging ayam dan telur rebus. Ini antara pau yang paling aku suka di Miri. Sedap dan berjus!! Yummyy....


Sau Pau Bakery Cafe
Lot 1098 Jalan Permaisuri GroundfloorMiri 98000Malaysia

Sekian sahaja coretan bebas... :)

Friday, September 12, 2014

At last.

At last aku bergelar Occupational Therapist. Syukur dan tak sangka. Thanks God! Syukur juga sebab dapat di tempat yang aku idamkan. Walaupun jauh dari keluarga, tapi aku harap ini satu permulaan untuk aku mulakan hidup baru. :D

Tadi, aku packing dan selongkar beg. Ternampak uniform hijau yang jadi lambang profesionku di kolej dulu. Tak sangka aku dah tak pakai uniform tu lagi.

Tinggal kenangan.. Uniform hijauku


Harap di tempat kerja nanti semuanya berjalan dengan lancar.

#Jesusbewithmeamen. :D

Wednesday, September 10, 2014

Cuti2 sakan.

Hampir 3 bulan menanti posting, memang cuti sakan. Macam tak sangka, kurang dari seminggu lagi akan bergelar seorang pekerja selepas berbelas tahun jadi pelajar. Akhirnya, at last....

Post kali ni nak share tentang apa yang aku buat time cuti. Cuti kali ni ada pasang surut, kadang2 hambar sampai tak tau nak buat apa, tapi kadang2 seronok dan bermakna.

Aku balik ke Miri pada awal bulan Jun. Apa yang seronoknya, bila aku menjejakkan kaki ke tanah tumpah darahku ini, banyak perubahan telah berlaku! Ada shopping mall baru (Permaisuri Mall), ada pembinaan rumah kedai yang baru di tepi pantai dekat Marina Bay. Wow! Cantik dan teratur. Harap apa yang telah dibina ni akan dapat dikekalkan keindahannya agar bandar Miri tetap cantik dan indah. Yes!!!

Rumah kedai di Marina Bay



Pullman Miri

Permaisuri Mall


Selepas beberapa hari di Miri, sampai masanya untuk kembali ke kampung halaman. Time tu nak dekat2 puasa, so berpeluang untuk join mak jual kuih di bazaar Ramadhan. Pengalaman yang best walaupun terpaksa berpanas.



Hampir sebulan di kampung, aku kembali lagi ke Miri untuk berjumpa dengan yang tercinta hehe. Kepulangan aku kali ni membawa aku pulang ke kampungnya di Marudi iaitu di Long Entasan. Perjalanan ke Marudi agak sukar kerana jalan yang berbukit bukau. Namun ia tidak mematahkan semangat untuk meredahnya kerana di sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan indah pokok2 sawit dan sekitarnya daripada atas bukit.



Encik driver yang tercinta :)
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sampai saja di Long Entasan, aku terpegun dengan suasana yang tenang dan segar, jauh dari suasana bandar, best nya! Sebelah petangnya aku sempat membonceng motosikal dengan yang tercinta dan meneroka kawasan kampungnya. Hehe..





Ronda2 kampung
Rumah panjang pada sebelah malam


Hari kedua di Long Entasan, aku sempat melawat ke kawasan air terjun. Seronok dapat tengok budak2 mandi-manda. Kalau masa masih panjang, aku pasti ingin terjun dan mandi bersama mereka. Hmm.. Sayangnya.. Sebelum pulang, aku sempat bergambar dengan neneknya. :)



Aku kembali lagi ke kampungku di Dalat selepas seminggu lebih di Miri. Musim buah-buahan telah tiba! Masa untuk menjual buah di tepi jalan.. Tapi sebelum menjual, kenalah ambil buah dari dahan dan bersihkan buah-buahan tu daripada semut2.

Rambutan dibersihkan sebelum dijual

Buah cempedak fresh dari dahan

Gerai di tepi jalan
Walaupun jualan tidak memuaskan, tapi pengalaman berniaga ini sangat berharga.
Next! Masa untuk masuk hutan untuk melihat keadaan pokok2 rumbia di kebun. Kami perlu berjalan agak jauh ke dalam hutan untuk ke kawasan kebun rumbia ini. Biar gambar ceritakan segalanya! :)

Perjalanan ke kebun Rumbia menggunakan perahu

Nenekku yang tercinta

Jalan masuk ke kebun Rumbia



Lastly, sebelum cuti ini hampir berakhir, aku sempat mengajak nenekku untuk melawat ke rumah burung. Mula2 masuk, rasa macam masuk ke rumah hantu di Fun Fair sebab sangat gelap. Satu pengalaman yang takkan dilupakan. :)

Sarang burung



Rumah burung

Sekian saja pengalaman cuti2 ku kali ni. Adios! :D

Sunday, June 15, 2014

Choose LIFE.

Sudah sekian lama aku ingin kongsikan tentang hal ini. Beberapa hari ini, aku rasa hidup ini singkat. Tiba2 aku rasa kematian akan menjengah bila2 masa. Perasaan ini seperti perasaan yang berjaga-jaga, ada juga rasa takut kerana jujur aku belum bersedia. Aku fikir, banyak aku belum lakukan, banyak aku belum capai dan sebagainya. Ia buat aku reflect balik, sebenarnya banyak masa yang telah aku buang, banyak peluang yang telah aku sia-siakan, banyak dosa yang telah aku lakukan. 

Semasa aku klinikal di satu tempat di Johor, aku berkenalan dengan seorang teman yang masih seorang pelajar seperti aku, masih dalam usia 20-an. Sedihnya, dia menghidap Diabetes dan perlu menjalani dialysis 3 kali seminggu. Aku dapat lihat kepedihan yang dia alami tetapi wajahnya tetap tabah dan ceria. Aku sangat kagum dengan semangatnya menempuh hidup ini walaupun dengan keadaan yang begitu. Aku cuba dalami dan rasai, jika aku di situasinya, kuatkah aku, tabahkah aku atau aku menyerah dan memilih untuk terlantar? 

Dari kisah dan pengalamannya, aku belajar bersyukur. Even dari pesakit2 yang aku pernah jumpa juga, aku belajar bersyukur. Kita yang punya fizikal, mental dan spiritual yang baik, kita seharusnya menggunakannya sehabis baik. Larilah sekuat hati menuju matlamat. Bekerjalah bersungguh-sungguh selagi terdaya. Bersemangatlah menjalani hidup. Cintai dan hargai orang sekelilingmu selagi mereka masih ada etc. Live your life to the fullest.

#bersyukurlah. Ingatan untuk diri sendiri juga. :D

Sunday, April 27, 2014

Berubah.


'learn from the past, and head for a better future'

Berkata-kata memang mudah. Ingin berubah, mahu berubah. Namun setakat mana perubahan yang kita impikan itu dapat kita laksanakan. Pada awalnya berkobar-kobar, tetapi bila tersilap langkah, kita mula kembali menjadi yang lama. 

Aku tidak lari daripada itu semua. Perubahan bukan sesuatu yang kita boleh laksanakan sehari, ia memerlukan masa, pengorbanan, dan terkadang ia mengambil masa yang lama, berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.

Pada satu tahap kadang2, aku rasa bosan untuk berubah. Bertekad ingin berubah, kemudian kembali melakukan sesuatu yang lama. Aku kadang2 rasa tiada harapan untuk aku berubah, namun semangat itu aku dapat rasa masih ada..

Aku. Ingin berubah. Walau apapun halangan. Walau dugaan melanda. Aku percaya, ada sinar buatku untuk menjadi manusia yang lebih baik kerana selagi diri ini masih bernafas, peluang itu sentiasa ada.. :)



Thursday, April 10, 2014

Stand firm.

Beberapa hari ini ialah hari yang tidak baik buatku. Kata2 yang keluar dari mulutku menjadi luka kepada orang lain. Aku cuba untuk mengawal namun seperti ada sesuatu yang di dalam jiwaku yang berperang. Ia membuatkan aku tidak tenang. Namun hari ini aku faham sedikit sebanyak mengapa ini terjadi. Kurang berdoa, kurang penyerahan diri dan tidak menyelesaikan apa yang patut diselesaikan. Mendengar lagu 'Stand firm' pagi tadi membuat aku sedar banyak perkara yang telah aku lupa. Hidup ini adalah peperangan. Setiap perlakuan kita adalah kesaksian;

STAND FIRM -Disciples

AkhirnyaHendaklah kamu kuat di dalam TuhanDi dalam kekuatan kuasaNyaKenakanlah seluruh perlengkapan senjata AllahSupaya kamu dapat bertahanMelawan tipu muslihat iblis, yeah
Chorus:Karna perjuangan kitaBukanlah melawan darah dan dagingBersenjatakan Firman berperisai iman stand FirmTapi perjuangan kita melawanRoh roh jahat di udara
1st verse:Saat ku bicara peperangan rohaniKadang aku lupa sampai ku tidak menyadariBukan cuma saat saat di kebaktianTiap detik hidupku adalah kesaksian
Now i see perang yang sesungguhnyaAdalah hidup tiap hari yang seutuhnyaEveryday is a spiritual warfareSiap sedia cause the devil don’t play fair
Lupakan mitos jangan fokus pada mistikIni perang rohani bukan perang fisikDua jam seminggu jelas tidak cukupJangan sampai tertipu, kesadaran tertutup
Segala roh yang ada di dalam duniaTak sebesar roh yang ada dalam diri kitaBukan karena kuat bukan karena gagahTapi oleh rohmu, ku tak akan kalah
2nd verse:Berdiri tegap berikat pinggang kebenaranBajuzirahkan keadilan topang ketegaranBerkasut kerelaan agar kuat berjalanBerperisai iman berketopong keselamatan
Pedang roh Firman Allah robohkan setan kalahStand Firm hadapi godaan dan masalahTatkala selesai ku tetap berdiriKarna Tuhan ikut berperang di kanan kiri
Bersandarlah dengan Firman AllahDalam segala doa dan permohonanBerdoalah setiap waktu dalam rohDan berjaga-jagalah di dalam setiap doamu itu

Aku harap semuanya baik2 saja. Walau aku tahu, kata2 yang keluar dari mulut itu tidak mampu ditarik kembali.