Thursday, December 12, 2013

Tips ke Universal Studio Singapore.

Setiap perjalanan memerlukan perancangan, dan perancangan yang baik akan memberikan kita perjalanan yang selesa dan menyenangkan, selain itu dapat mengelak over budget. 

Tips yang dikongsikan ialah untuk Malaysian yang ingin ke USS.

1. Untuk tiket 1-day pass ke Singapore, dicadangkan untuk beli di agent. Sebab senang, sampai USS boleh terus masuk, tak perlu beratur lagi nak beli tiket kat situ. Tiket nie include dengan voucher makan SGD 10 dan voucher beli cenderahati SGD 5. Berikut adalah maklumat pakej tersebut:

Package Entitlements:
  • USS One-Day Pass.
  • USS meal voucher value of SGD 10 per ticket only.
  • USS Retail voucher worth SGD 5 redeemable with minimum spending SGD 30 in single receipt in USS Retail outlet.
(Minimum 2 pax per Transaction)
RM168

Bagi kanak2, harga tiket ialah RM128. Untuk perjalanan yang lepas, saya beli tiket nie di kaunter 707 Travel Services.

2. Untuk transport ke Singapore, dicadangkan untuk guna bas kerana lebih murah (RM15 pergi balik untuk seorang) dan dihantar terus ke USS. Tapi pastikan punctual bila nak balik, takut2 di tinggal bas. Tiket bas boleh dibeli di mana2 kaunter 707 Travel Services.

3. Pastikan pakaian bersesuaian dan elakkan pakai kasut tumit tinggi sebab kawasan USS luas dan perlu banyak berjalan.

4. Pergi awal (USS buka jam 10 pg). Ini kerana kawasan USS luas dan banyak yang perlu di explore. Rugi kalau tak main semua permainan.

5. Bagi yang pertama kali masuk ke Singapore, jangan lupa isi D/E card sebelum masuk ke negara tersebut.

6. Kalau nak jimat, bawa air minuman sendiri.

7. Jangan lupa ambil map dan show time pamphlet di entrance selepas scan ticket. Rancang perjalanan anda supaya dapat tengok stage shows. (stage shows hanya diadakan pada masa2 tertentu sahaja)

8. Jika anda perlu beratur panjang untuk satu2 permainan, dicadangkan untuk masuk ke Single Rider Lines untuk mengelak masa beratur yang lama.

9. Untuk pembelian makanan, harga makanan ada yang bawah SGD 10 dan untuk makanan berat seperti nasi ayam biasanya berharga SGD 10 ke atas. Cenderahati pula, untuk baju dewasa, kebanyakannya berharga SGD 21 dan ke atas. Yang lain2 nya seperti key chain, note book, dan pen. Perkhidmatan 'money changer' juga ada disediakan di dalam USS.

10. Bawa sahaja barang anda seperti beg ke dalam USS kerana tempat penyimpanan barang disediakan untuk permainan tertentu (yang ekstrem). 

Itu sahaja tips yang ingin dikongsikan. Semoga anda enjoy di USS! :D


Have fun! :D