Thursday, July 4, 2013

Cintaku berbagi 5.

Cepat rasanya cuti kali nie berlalu. Tak seperti cuti2 yang lepas, di mana aku banyak merungut bosan di rumah dan lain2. Cuti kali nie agak bermakna kerana aku dapat luangkan masa dengan orang2 yang aku sayangi. Bukan itu saja, aku juga dapat jalan2 ke tempat yang tak pernah aku lawati sebelum nie.
Minggu pertama dan kedua cuti aku, aku luangkan masa aku bersama mak aku di Kuching. Kebetulan adik lelaki aku bakal mendaftar diri ke UITM pada minggu pertama bulan Jun, jadi aku punya kesempatan untuk melawat ke UITM Kampus Samarahan. Tempatnya agak kecil dan tidak sebesar yang aku sangkakan. Mungkin expectation aku terlampau tinggi haha. Aku lupa yang UITM  di Kuching cuma salah satu cawangan dan bukan kampus induk UITM. Adik aku pula agak homesick dengan persekitaran hostel nya. Satu pengalaman yang biasa untuk pelajar yang pertama kali berjauhan dengan keluarga. Aku juga berpeluang berjumpa dan berjalan-jalan dengan adik perempuanku kerana kebetulan cuti pertengahan tahun. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan adik2 dan aku paling rindu berjalan bersama adik perempuanku. 

With my little sister, Eunice

With my brother, Demus. :D

Siblings @UITM Kota Samarahan

Minggu pertama di Kuching, kebanyakan masa dihabiskan untuk melawat dan berjalan-jalan di pusat membeli-belah antaranya The Spring, Merdeka Palace, Wisma Hopoh, Kuching Sentral, Kuching Riverside, Boulevard dan CityOne. Ada juga melawat tempat2 menarik seperti Bukit Singai, Matang Family Park dan Kuching Waterfront.


@ Kuching Riverside

Minggu kedua di Kuching terasa sunyi kerana adik perempuanku balik ke Mukah untuk meneruskan persekolahannya. Namun aku gembira kerana aku dapat luangkan masa sepenuhnya bersama mak. Dapat tidur dan bermanja dengan mak hehe, sampai tak sedar umur dah 22.

Minggu ketiga di Kuching merupakan minggu yang dinanti-nanti. Seseorang dari Johor bernama Nickholas Anting datang melawat. So, di kesempatan ini, aku bawa dia jalan2 tempat yang aku cadangkan seperti Gua Angin di Bau, Matang Family Park, Kuching Waterfront dan India Street. Tak banyak tempat yang dapat dilawati sebab masa tak mencukupi.

@ Kuching Waterfront

@ Gua Angin, Bau

@ India Street, Bandaraya Kuching

Hampir di penghujung minggu ketiga, aku dan dia berangkat ke Miri. Kebetulan, bapaku tiada di rumah pada masa itu, dia mengajak aku untuk melawat ke kampungnya. Sampai sahaja di Miri, aku disambut mesra oleh kedua ibu bapanya. Mulanya agak gementar. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. Jalan ke sana agak berliku. Kampung atau rumah panjangnya terletak di antara Bakong dan Long Lapok. Sampai di rumah panjang, aku disambut oleh adik perempuan dan adik lelakinya. :D

Pada petangnya, aku di bawa mandi di kolam oleh ibu dan adik perempuannya kerana di rumah tiada air disebabkan kemarau. Masalahnya, aku tidak pandai mandi menggunakan kain, terpaksalah aku mandi menggunakan singlet dan seluar pendek hehe. Malam harinya, aku makan bersama-sama dengan keluarganya. Satu situasi yang sudah lama aku tidak alami iaitu makan bersama dengan ahli keluarga yang lengkap; bersama ibu, bapa dan adik2. Aku rasa sebak semasa mereka berdoa dan makan bersama-sama, aku tiba2 rasa rindu dan teringin untuk berkumpul dan makan bersama keluarga aku seperti ini. Hari seterusnya, aku bangun pagi2 kerana diajak oleh dia untuk membeli barang masakan kerana pada malamnya ada majlis kesyukuran di rumah. Sebelum membeli barang, dia membawa aku ke Taman Negara Loagan Bunut yang terletak tidak jauh dari pekan Lapok. Sangat indah pemandangannya. Loagan Bunut merupakan tasik semulajadi. Selepas itu, kami ke pasar dan pulang ke rumah hampir jam 10.30 pagi. Sampai di rumah, semua sibuk dengan persiapan majlis kesyukuran. Keesokan harinya pula, kami ke SIB Seputik kerana ada kebaktian gabungan dan ada lawatan dari SIB Bethani Miri. Yang uniknya, sebelum kebaktian bermula, ada sarapan disediakan oleh ibu2. Seronok juga dapat makan2 sebelum kebaktian. Kira2 jam 1 pm, kami pulang ke rumah panjang dan aku bersiap-siap untuk berangkat ke Miri. Agak sedih untuk meninggalkan rumah panjang kerana aku sudah mulai biasa dengan rutin harian di situ. Aku harap aku dapat datang ke situ lagi di masa yang akan datang.

Jalan ke Long Lapok

Loagan Bunut National Park


Pekan Lapok

@ Rumah Panjang



@ SIB Seputik

Sarapan pagi before kebaktian
After kebaktian

Minggu keempat! Aku luangkan masa bersama bapaku di Miri. Sepanjang hari aku di rumah layan drama TV3 sambil berfacebook. Malam terakhir cuti Jun 2013 sebelum berangkat ke Johor, aku dinner bersama bapaku di Sushi King. Seronok sebab sejak minggu lepas aku teringin sangat nak makan sushi. Thanks dad. :D



Cuti kali ini. Cintaku berbagi 5. Mak. Demus. Eunice. Apak. Dan dia.

#Thanks God.