Thursday, December 12, 2013

Tips ke Universal Studio Singapore.

Setiap perjalanan memerlukan perancangan, dan perancangan yang baik akan memberikan kita perjalanan yang selesa dan menyenangkan, selain itu dapat mengelak over budget. 

Tips yang dikongsikan ialah untuk Malaysian yang ingin ke USS.

1. Untuk tiket 1-day pass ke Singapore, dicadangkan untuk beli di agent. Sebab senang, sampai USS boleh terus masuk, tak perlu beratur lagi nak beli tiket kat situ. Tiket nie include dengan voucher makan SGD 10 dan voucher beli cenderahati SGD 5. Berikut adalah maklumat pakej tersebut:

Package Entitlements:
  • USS One-Day Pass.
  • USS meal voucher value of SGD 10 per ticket only.
  • USS Retail voucher worth SGD 5 redeemable with minimum spending SGD 30 in single receipt in USS Retail outlet.
(Minimum 2 pax per Transaction)
RM168

Bagi kanak2, harga tiket ialah RM128. Untuk perjalanan yang lepas, saya beli tiket nie di kaunter 707 Travel Services.

2. Untuk transport ke Singapore, dicadangkan untuk guna bas kerana lebih murah (RM15 pergi balik untuk seorang) dan dihantar terus ke USS. Tapi pastikan punctual bila nak balik, takut2 di tinggal bas. Tiket bas boleh dibeli di mana2 kaunter 707 Travel Services.

3. Pastikan pakaian bersesuaian dan elakkan pakai kasut tumit tinggi sebab kawasan USS luas dan perlu banyak berjalan.

4. Pergi awal (USS buka jam 10 pg). Ini kerana kawasan USS luas dan banyak yang perlu di explore. Rugi kalau tak main semua permainan.

5. Bagi yang pertama kali masuk ke Singapore, jangan lupa isi D/E card sebelum masuk ke negara tersebut.

6. Kalau nak jimat, bawa air minuman sendiri.

7. Jangan lupa ambil map dan show time pamphlet di entrance selepas scan ticket. Rancang perjalanan anda supaya dapat tengok stage shows. (stage shows hanya diadakan pada masa2 tertentu sahaja)

8. Jika anda perlu beratur panjang untuk satu2 permainan, dicadangkan untuk masuk ke Single Rider Lines untuk mengelak masa beratur yang lama.

9. Untuk pembelian makanan, harga makanan ada yang bawah SGD 10 dan untuk makanan berat seperti nasi ayam biasanya berharga SGD 10 ke atas. Cenderahati pula, untuk baju dewasa, kebanyakannya berharga SGD 21 dan ke atas. Yang lain2 nya seperti key chain, note book, dan pen. Perkhidmatan 'money changer' juga ada disediakan di dalam USS.

10. Bawa sahaja barang anda seperti beg ke dalam USS kerana tempat penyimpanan barang disediakan untuk permainan tertentu (yang ekstrem). 

Itu sahaja tips yang ingin dikongsikan. Semoga anda enjoy di USS! :D


Have fun! :D

Friday, October 18, 2013

My future career.

'Two roads diverged in a wood,  and I took the road less travelled'

I am your future OCCUPATIONAL THERAPIST. 

#Proudtobe. 

Friday, September 6, 2013

My life in Seremban.

Hari nie, terdetik aku untuk menulis blog menggunakan format OTPF (Occupational Therapy Practise Framework) : Area of Occupation, tentang kehidupanku berklinikal di Seremban selama 7 minggu. 

Activities of Daily Living (ADLs)

1. Personal Hygiene and grooming: Of course, pergi klinikal kena sanggul. :D


2. Eating: Makanan yang aku suka makan time di Seremban, Mongolian Chicken with rice.


Instrumental Activities of Daily Living (IADLs)

Community Mobility: Kalau nak jalan2, biasanya aku akan naik bas. Selalunya naik teksi sebab lebih senang dan tak perlu jalan jauh. Kalau ke hospital, minggu terakhir tu jalan kaki dan ikut senior. Minggu2 biasa, kami akan tumpang housemate untuk ke hospital.



 Home establishment and management: Rumah sewa kami. :D



Rest and Sleep


Work

Department OT

Hospital Tuanku Ja'afar Seremban



Home Visit
Home Visit 2
Social Participation: Peer, friend

Me and Iling

Me and Clensy

Thursday, July 4, 2013

Cintaku berbagi 5.

Cepat rasanya cuti kali nie berlalu. Tak seperti cuti2 yang lepas, di mana aku banyak merungut bosan di rumah dan lain2. Cuti kali nie agak bermakna kerana aku dapat luangkan masa dengan orang2 yang aku sayangi. Bukan itu saja, aku juga dapat jalan2 ke tempat yang tak pernah aku lawati sebelum nie.
Minggu pertama dan kedua cuti aku, aku luangkan masa aku bersama mak aku di Kuching. Kebetulan adik lelaki aku bakal mendaftar diri ke UITM pada minggu pertama bulan Jun, jadi aku punya kesempatan untuk melawat ke UITM Kampus Samarahan. Tempatnya agak kecil dan tidak sebesar yang aku sangkakan. Mungkin expectation aku terlampau tinggi haha. Aku lupa yang UITM  di Kuching cuma salah satu cawangan dan bukan kampus induk UITM. Adik aku pula agak homesick dengan persekitaran hostel nya. Satu pengalaman yang biasa untuk pelajar yang pertama kali berjauhan dengan keluarga. Aku juga berpeluang berjumpa dan berjalan-jalan dengan adik perempuanku kerana kebetulan cuti pertengahan tahun. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan adik2 dan aku paling rindu berjalan bersama adik perempuanku. 

With my little sister, Eunice

With my brother, Demus. :D

Siblings @UITM Kota Samarahan

Minggu pertama di Kuching, kebanyakan masa dihabiskan untuk melawat dan berjalan-jalan di pusat membeli-belah antaranya The Spring, Merdeka Palace, Wisma Hopoh, Kuching Sentral, Kuching Riverside, Boulevard dan CityOne. Ada juga melawat tempat2 menarik seperti Bukit Singai, Matang Family Park dan Kuching Waterfront.


@ Kuching Riverside

Minggu kedua di Kuching terasa sunyi kerana adik perempuanku balik ke Mukah untuk meneruskan persekolahannya. Namun aku gembira kerana aku dapat luangkan masa sepenuhnya bersama mak. Dapat tidur dan bermanja dengan mak hehe, sampai tak sedar umur dah 22.

Minggu ketiga di Kuching merupakan minggu yang dinanti-nanti. Seseorang dari Johor bernama Nickholas Anting datang melawat. So, di kesempatan ini, aku bawa dia jalan2 tempat yang aku cadangkan seperti Gua Angin di Bau, Matang Family Park, Kuching Waterfront dan India Street. Tak banyak tempat yang dapat dilawati sebab masa tak mencukupi.

@ Kuching Waterfront

@ Gua Angin, Bau

@ India Street, Bandaraya Kuching

Hampir di penghujung minggu ketiga, aku dan dia berangkat ke Miri. Kebetulan, bapaku tiada di rumah pada masa itu, dia mengajak aku untuk melawat ke kampungnya. Sampai sahaja di Miri, aku disambut mesra oleh kedua ibu bapanya. Mulanya agak gementar. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. Jalan ke sana agak berliku. Kampung atau rumah panjangnya terletak di antara Bakong dan Long Lapok. Sampai di rumah panjang, aku disambut oleh adik perempuan dan adik lelakinya. :D

Pada petangnya, aku di bawa mandi di kolam oleh ibu dan adik perempuannya kerana di rumah tiada air disebabkan kemarau. Masalahnya, aku tidak pandai mandi menggunakan kain, terpaksalah aku mandi menggunakan singlet dan seluar pendek hehe. Malam harinya, aku makan bersama-sama dengan keluarganya. Satu situasi yang sudah lama aku tidak alami iaitu makan bersama dengan ahli keluarga yang lengkap; bersama ibu, bapa dan adik2. Aku rasa sebak semasa mereka berdoa dan makan bersama-sama, aku tiba2 rasa rindu dan teringin untuk berkumpul dan makan bersama keluarga aku seperti ini. Hari seterusnya, aku bangun pagi2 kerana diajak oleh dia untuk membeli barang masakan kerana pada malamnya ada majlis kesyukuran di rumah. Sebelum membeli barang, dia membawa aku ke Taman Negara Loagan Bunut yang terletak tidak jauh dari pekan Lapok. Sangat indah pemandangannya. Loagan Bunut merupakan tasik semulajadi. Selepas itu, kami ke pasar dan pulang ke rumah hampir jam 10.30 pagi. Sampai di rumah, semua sibuk dengan persiapan majlis kesyukuran. Keesokan harinya pula, kami ke SIB Seputik kerana ada kebaktian gabungan dan ada lawatan dari SIB Bethani Miri. Yang uniknya, sebelum kebaktian bermula, ada sarapan disediakan oleh ibu2. Seronok juga dapat makan2 sebelum kebaktian. Kira2 jam 1 pm, kami pulang ke rumah panjang dan aku bersiap-siap untuk berangkat ke Miri. Agak sedih untuk meninggalkan rumah panjang kerana aku sudah mulai biasa dengan rutin harian di situ. Aku harap aku dapat datang ke situ lagi di masa yang akan datang.

Jalan ke Long Lapok

Loagan Bunut National Park


Pekan Lapok

@ Rumah Panjang



@ SIB Seputik

Sarapan pagi before kebaktian
After kebaktian

Minggu keempat! Aku luangkan masa bersama bapaku di Miri. Sepanjang hari aku di rumah layan drama TV3 sambil berfacebook. Malam terakhir cuti Jun 2013 sebelum berangkat ke Johor, aku dinner bersama bapaku di Sushi King. Seronok sebab sejak minggu lepas aku teringin sangat nak makan sushi. Thanks dad. :D



Cuti kali ini. Cintaku berbagi 5. Mak. Demus. Eunice. Apak. Dan dia.

#Thanks God. 


Friday, May 17, 2013

Yogurt.

Dari dulu lagi, aku teringin sangat nak try Tutti Frutti. Tapi apakan daya, hasrat asyik terbantut sebab orang kata Tutti Frutti mahal. So, untuk memenuhi hasrat yang lama terpendam, aku try beli J.CO Fat Free Frozen Yogurt. Harganya dalam RM 6 ++


Sedap dan harga pun reasonable. Should try.

Exam review.

Thanks God, baru je habis exam semalam. Review exam kali nie, overall okay, just aku slack kat satu subjek nie, yang aku rasa sangat2 tak yakin. (anxiety melanda)

Apa2 pun. Surrender all to Him. Pray for the best. Harap kita semua dapat naik sem 5. Yeah!

Friday, April 26, 2013

Dear God.


Tiada yang lebih indah dari mengikuti jalanMu, kerna jalanMu dan rencanaMu lebih tinggi dari rencana2 ku (Yesaya 55:9). Walaupun pekerjaanMu tidak dapat diselami olehku (Pengkhotbah 8:17), namun ku tetap percaya, Kau akan merencanakan sesuatu yang terbaik buat ku (Yeremia 29:11).

Sampai batas waktu, Kau lah terindah, Kau lah satu dalam hidupku. 

SAMPAI BATAS WAKTU 
-GMB
  
Tatkala gelap mencekam hidupku
Kurasa aman dalamMu Kubawa hatiku
Ombak yang menderu tak membuat galau hatiku 
Ku tahu Ku selalu mengandalkanMu
 
Reff: 
Ku ingin lebih mengenal pribadiMu 
Jiwaku berseru Hanya kepadaMu 
Segala kerinduan hasrat jiwaku 
Ku s'rahkan padaMu 
Sampai batas waktu
Kaulah satu

Reference: http://lirik.kapanlagi.com/artis/gmb_band/sampai_batas_waktu
Video link: http://www.youtube.com/watch?v=tBeZWJD4bbg

Monday, April 22, 2013

Side effect.

Here comes the moon.
Sesetengah wanita akan mengalami senggugut ketika datang bulan. Itu perkara biasa yang harus dilalui setiap bulan. Namun ia bukan perkara mudah kerana senggugut atau lebih dikenali sebagai period pain melibatkan kontraksi pada uterus, dan ia agak menyakitkan bagi yang pernah mengalaminya.
Aku selalu mengalaminya. Dan selalunya, aku akan mengambil jalan mudah untuk mengurangkan sakit senggugut ini, iaitu dengan menelan ubat penahan sakit yang diberi nama Ponstan.
Hari ini, aku cuba untuk menahan diri daripada menelan ubat ini walaupun sakit. Ini gara2 sebuah artikel oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad mengenai Ponstan.

Ubat yang aku selalu telan semasa Period: Ponstan 500mg

"Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal."

Oleh itu, fikir 2 kali sebelum mengambil ubat.

*peringatan untuk diri sendiri. :D

reference:
 http://drzubaidi.com/blog/?p=2861

Salah faham.

Pagi ini, pagi yang tidak berapa indah buatku. Aku berselisih faham dan salah faham dengan roommate aku sendiri.. Sampaikan ia membuat aku rasa tidak tenang sepanjang hari. But thanks God, semuanya dapat diselesaikan sebelum matahari terbenam. 2-2 tak salah, semuanya hanya salah faham.  


 *Happy nya semua dah selesai. Hati pun tenang. Lalalala.. :D

Btw. I love my roommate. *peace* :D

Sunday, April 21, 2013

Monday.


Monday. Hari di mana kita perlu adapt kan diri untuk bekerja sekali lagi selepas selesa berehat selama 2 hari. 

Mengantuk, kemalasan dan semangat yang luntur untuk bangun menyelubungi hidupku di pagi isnin, hari ini. Mungkin itu semua terjadi kerana aku tidak cukup bersedia di hari sebelumnya. Ini semua kita boleh relate dengan kehidupan; bagaimana kita merancang hidup kita di masa kini akan menentukan masa depan yang bagaimana kita bakal hadapi esok. 

Your future. Its all depends on YOU. 

:D

Friday, April 19, 2013

To my future husband.


In my eyes there lies no vision
But the sight of your dear face.
In my heart there is no feeling
But the warmth of your embrace.
In my mind there are no thoughts
But the thoughts of you, my dear. 
In my soul no other longing
But just to have you near.
All my dreams were built around you
And I've come to know it's true, 
In my life there is no living
That is not a part of you.

-Helen Steiner Rice