Friday, December 14, 2012

Aku dan cuti.

Lamanya tak update blog. -__-

Cuti. Macam tak percaya 5 bulan berlalu and sekarang dah cuti akhir semester. Next year masuk sem 4. 1 and half year to go before tamat diploma. Tak sabar rasanya nak habiskan pengajian. By the way, cuti nie agak panjang sebab takda clinical macam last 2 sem. So, aku telah berazam untuk menggunakannya untuk melakukan hal2 yang berfaedah. :D

1st week cuti, aku lebih banyak habiskan masa aku di rumah.So, aku ambil kesempatan itu untuk belajar memasak. Umur dah 21 baru ada kesedaran nak belajar masak, huhu. Aku cuba beberapa resipi di internet, tapi masa 1st try tu memang failed habis, sampai adik aku complaint yang masakan aku tak ada rasa. 2nd try, aku cuba masak ayam goreng kunyit dan sayur buncis masak sos tiram. Thanks God aku berjaya masak 2 masakan nie walaupun tak cukup bahan. :D

Mungkin bagi orang yang pandai masak, masakan nie biasa2 saja. Apa-apa pun tetap nak share resipinya hehe..

Ayam Goreng Kunyit (2 orang makan)

Bahan A:
Dada ayam/Isi ayam 200g (Dipotong  kecil)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

Bahan B:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang kacang panjang
lobak merah (kuantiti ikut citarasa)
Sedikit serbuk kunyit dan garam (ikut citarasa)

1. Campurkan bahan A dan perap seketika. Goreng Bahan A sehingga masak.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan B. Kemudian masukkan bahan A dan gaul sehingga masak.
3. Hidangkan. :D

Senangkan? Selamat mencuba. :D