Monday, July 30, 2012

Jatuh cinta.

Aku jatuh cinta dengan lagu nie-- "Esok kan ku jelang" by GMB.

Saat mataku memandang,
Keajaiban karyaMu
Sungguh siapakah ku ini,
Yang Engkau hargai
Dan cintai Selalu

Dan saat kupikirkan kebaikanMu,
Tak pernah ku kekurangan
Dan saat kurenungkan kesetiaanMu,
Esok 'kan kujelang
Tanpa keraguan, Surya 'kan terus ada

<3. Grateful.

Busy.

Ingat senang jadi AJK Photostat? Hmmm... Best jugak hidup ada cabaran, hari pun rasa cepat berlalu. Apapun yang terjadi, tangani dengan senyuman..

Muka nampak stress tapi di hati siapa yang tahu.. Hehe... :)

Don't judge the book by its cover.. <3

Wednesday, July 25, 2012

Easy come easy go.


Pagi nie, dengan malasnya aku bangun jam  5.30 pagi. Agak susah untuk aku bangun seawal itu sebab biasanya aku bangun jam 6 pagi. Sebenarnya, aku bangun awal sebab nak serang ATM. Sebelum jam 7 lagi, aku dan Jessie dah terpacak depan mesin ATM. Walaupun masih awal, tapi Q masih gak panjang. Maklumlah, elaun baru masuk, semua berebut nak ambik duit, takut sangat mesin jadi ‘Out of Service’.
Lepas je selesai dari mengorek duit, aku kembali ke kelas. Kat kelas, bendahari dah tulis kat papan putih segala macam benda alah yang perlu di bayar bulan nie. Bayar duit kelas, duit baju amali dan sebagainya. Jumlah yang perlu dibayar RM50. Kecut perut jugak. Tapi tak kisahlah, sebab memang dah tanggungjawab aku untuk bayar semua tu. So, bye bye RM50…
Petang plak, aku beli reload untuk hp, WiFi, dah tu beli barang keperluan, alat tulis, semuanya hampir mencecah RM100. Pastu time check dompet, jantung rasa macam nak jatuh ke lantai bila duit makin kurang.. 

: (

Lumrah. Easy come easy go. Macam mana mudahnya elaun tu masuk, semudah tu jugak ‘dia’ pergi.

Macam tu jugak manusia… Ye ke? Hmmmm…

Tuesday, July 24, 2012

Bangkit.

23 hari yang lepas, aku rasa aku banyak bermain.

'&^*$@#*...'

Jauh di sudut hati, aku ingin berubah. Tapi bila?

'. . . sekarang.'

HopeIcanDoIt.. :)

Untitled again.

I learn something today;

"in humbleness I found HOPE.." 

Thanks God. :)


Friday, July 20, 2012

PG time!


Hari nie, aku belajar buat PG (Pressure Garment). PG nie macam pakaian ataupun sarung untuk orang yang kena ‘burn’, edema dan lain2. Tujuannya? Untuk kurangkan edema, lancarkan peredaran darah dan sebagainya. :)

Jahit2. :)

PG untuk tangan. :)

Sleeve dan Sarung Tangan.

Our next project, 'sarung kaki'.

Bilik PG, KSKBJB.

Tangan Yana dan Nicole. :)

<3
Sedang tekun menjahit. :p


Thursday, July 19, 2012

Hmmm...

19 Julai 2012...



 Hari nie sebenarnya hari yang tak berapa baik bagi aku. Pagi2 lagi aku dah sakit hati. Tapi penutup hari ini agak baik, aku belajar sesuatu yang sepatutnya aku tau sebelum aku fikir bukan2 tentang orang lain. Manusia mempunyai perspektif yang berbeza dalam menilai apa yang di sampaikan, especially dalam komunikasi dua hala. Contoh, bagi aku, kalau orang cakap aku cantik, aku akan bertindakbalas dengan menilai bahawa orang tu sedang sindir aku, sebab aku rasa aku tak cantik (low self-esteem :p). Sebenarnya semua ini bermula dari bagaimana kita berfikir, sama ada positif atau negative. Tapi sedihnya, kebanyakan masa, kita lebih memilih untuk berfikiran negative, dan salah tanggapan dengan apa yang diperkatakan oleh kawan kita, akhirnya berakhir dengan persengketaan. Kadang2 aku pun bercakap tanpa berfikir panjang, dan kadang2 aku terkejut kenapa ada orang mudah ambil hati dengan apa yang aku cakap, padahal aku hanya brgurau.Jawapan nya senang, cara kita berfikir, cara kita interpret maklumat tu berbeza, kita bergurau, tapi orang fikir kita betul2 memaksudkan apa yang kita katakan. So lesson of the day, think positive and be optimistic.  <--harap dapat jadi macam nie.. Huhu.
Adios!