Thursday, May 17, 2012

Aku, KSKB dan exam.

Aha! Lama dah aku tak blogging. Sebenarnya baru habis exam untuk Sem 2. Tak sangka dah nak dekat setahun aku di KSKBJB atau nama panjangnya Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru.

Demam exam dah berlalu, sekarang debaran keputusan pula yang datang. Sebelum tu, nak buat ulasan sendiri tentang apa yang telah aku lakukan terhadap kertas-kertas exam aku. Haha..

Untuk exam kali nie, aku rasa aku tak buat yang terbaik. Ada beberapa subjek yang aku rasa tak yakin, tapi aku harap dapat lulus. I surrender all to Him. :)


Apa lagi erk? Pasal KSKB. Aha! 

Aku menjejakkan kaki ke KSKB JB pada 30 Jun 2011. Semuanya bermula apabila aku ikut temuduga SPA pada awal bulan 5 (kalau tak silap). Aku hadiri temuduga tu pun dengan niat nak dapatkan pengalaman, sebab aku pernah hadiri temuduga SPA sebelum nie sebanyak 2 kali tapi gagal. Tambah-tambah aku sedang tunggu tawaran uni. Tup tap tup tap, aku dapat tawaran untuk mengikuti kursus Diploma Jurupulih Cara Kerja or Occupational Therapy (OT). Mula-mula, aku pun tak tau apa itu OT. Aku ingatkan Fisioterapi. Namun OT agak berlainan dengan Fisioterapi. OT ada melibatkan pesakit psikiatrik, itu la bahagian yang paling aku suka, ehehe... Bidang OT agak luas, and salah satunya psikososial. Aku harap sangat suatu hari nanti aku dapat kerja di Unit Psikiatrik, hoho.

Kat sini, agak berlainan hidupnya dari Matrik. Mungkin sebab bilangan pelajar pun tak seramai Matrik. Tapi aku suka bilik aku. Simple and comfortable. Yang penting tak ada masalah air, haha.

Erica and Clensy. :)

Kawan-kawan? Hmm. First, aku nak perkenalkan roommate aku, Clensy Joicy. Berbangsa Bidayuh and setahun muda dari aku. Second, my toiletmate, Erica Kong, dari Betong.
Aku selalu makan, tengok movie, study and tido ngan diaorang, kira geng Karass juga laa, bak kata orang Sabah hehe.

Sebenarnya ada lagi kawan-kawan aku yang lain tapi kami bertiga selalu bersama sebab bilik dekat2 je. Hmmm. Kelas aku plak, sekarang nie ahli nya ada 53 orang sahaja. Sikit kan? Huhu. Dah tu peraturan sini ketat sikit, tapi aku suka peraturan ketat sebab aku rasa lebih selamat, cuma kadang-kadang tu, ada juga rasa sedikit rimas, biasa laa asyik fikir nak keluar je.. Yang lain2, tatap dalam gambar je laa. Ehe..

 Me and Clensy

Me, Izzati and Clensy-Wearing our uniform

One of my best friend, Jessie

 With my classmate-Walkhaton KSKBJB

 Peminat setia Domino's Pizza.

 Tapak study-Tangga belakang blok

Wearing my KML shirt-I miss KML huhu.

 Geng pergi Church. :)

 Aktiviti Koir kelas

Our class-OT 2/11 (Batch 3)

Lastly, aku harap aku dapat tamatkan pengajian aku di sini dengan jayanya, walaupun tak dapat segulung ijazah macam kawan-kawan aku yang lain, yang penting aku berjaya dalam bidang yang aku ceburi. AdiĆ³s!..

5 comments:

  1. selamat belajar... saya singgah adan follow di sini... follow la ye..
    http://farid-kehidupan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hai.. kamu bekas student KML jgk kan? sy pun. hehe.. n lpas ni masuk KSKBJB jgk. rasa takut sikit. kalau ada cerita lg pasal kskb ni crta lg la k.. thanks.. n best dpt bca entry ni.. hihi.. saya ni --> nurfieyra@facebook.com

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hai, sy new intake jan 15, KSKB JB. visit me

    ReplyDelete