Thursday, May 17, 2012

Aku, KSKB dan exam.

Aha! Lama dah aku tak blogging. Sebenarnya baru habis exam untuk Sem 2. Tak sangka dah nak dekat setahun aku di KSKBJB atau nama panjangnya Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru.

Demam exam dah berlalu, sekarang debaran keputusan pula yang datang. Sebelum tu, nak buat ulasan sendiri tentang apa yang telah aku lakukan terhadap kertas-kertas exam aku. Haha..

Untuk exam kali nie, aku rasa aku tak buat yang terbaik. Ada beberapa subjek yang aku rasa tak yakin, tapi aku harap dapat lulus. I surrender all to Him. :)


Apa lagi erk? Pasal KSKB. Aha! 

Aku menjejakkan kaki ke KSKB JB pada 30 Jun 2011. Semuanya bermula apabila aku ikut temuduga SPA pada awal bulan 5 (kalau tak silap). Aku hadiri temuduga tu pun dengan niat nak dapatkan pengalaman, sebab aku pernah hadiri temuduga SPA sebelum nie sebanyak 2 kali tapi gagal. Tambah-tambah aku sedang tunggu tawaran uni. Tup tap tup tap, aku dapat tawaran untuk mengikuti kursus Diploma Jurupulih Cara Kerja or Occupational Therapy (OT). Mula-mula, aku pun tak tau apa itu OT. Aku ingatkan Fisioterapi. Namun OT agak berlainan dengan Fisioterapi. OT ada melibatkan pesakit psikiatrik, itu la bahagian yang paling aku suka, ehehe... Bidang OT agak luas, and salah satunya psikososial. Aku harap sangat suatu hari nanti aku dapat kerja di Unit Psikiatrik, hoho.

Kat sini, agak berlainan hidupnya dari Matrik. Mungkin sebab bilangan pelajar pun tak seramai Matrik. Tapi aku suka bilik aku. Simple and comfortable. Yang penting tak ada masalah air, haha.

Erica and Clensy. :)

Kawan-kawan? Hmm. First, aku nak perkenalkan roommate aku, Clensy Joicy. Berbangsa Bidayuh and setahun muda dari aku. Second, my toiletmate, Erica Kong, dari Betong.
Aku selalu makan, tengok movie, study and tido ngan diaorang, kira geng Karass juga laa, bak kata orang Sabah hehe.

Sebenarnya ada lagi kawan-kawan aku yang lain tapi kami bertiga selalu bersama sebab bilik dekat2 je. Hmmm. Kelas aku plak, sekarang nie ahli nya ada 53 orang sahaja. Sikit kan? Huhu. Dah tu peraturan sini ketat sikit, tapi aku suka peraturan ketat sebab aku rasa lebih selamat, cuma kadang-kadang tu, ada juga rasa sedikit rimas, biasa laa asyik fikir nak keluar je.. Yang lain2, tatap dalam gambar je laa. Ehe..

 Me and Clensy

Me, Izzati and Clensy-Wearing our uniform

One of my best friend, Jessie

 With my classmate-Walkhaton KSKBJB

 Peminat setia Domino's Pizza.

 Tapak study-Tangga belakang blok

Wearing my KML shirt-I miss KML huhu.

 Geng pergi Church. :)

 Aktiviti Koir kelas

Our class-OT 2/11 (Batch 3)

Lastly, aku harap aku dapat tamatkan pengajian aku di sini dengan jayanya, walaupun tak dapat segulung ijazah macam kawan-kawan aku yang lain, yang penting aku berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Adiós!..

Monday, May 14, 2012

Surrender all to Him.

Hari ni masuk paper ke-4 untuk exam Sem 2. Setakat nie, aku rasa performance aku tak cukup memuaskan especially OTMS (Musculoskelatal System). Aku tak tau tapi sememangnya risau tahap gaban dengan OTMS. Untuk subjek lain, aku pun tak tau nak cakap apa. Huhu. Tapi sebenarnya perasaan tidak yakin ini buat aku belajar untuk berserah, berserah semuaNya pada Tuhan. Siapa yang sempurna dalam dunia ni? Hanya Tuhan yang sempurna. Semua perkara yang aku ada, pengetahuan, hikmat, semuanya datang dari Tuhan, kerana Dia sumber segala nya. Aku rasa lega bila aku baca ayat ni, dari Jeremiah 29:11, "Sebab aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada padaKu mengenai kamu, demikianlah firman Tuhan, yaitu rancangan DAMAI SEJAHTERA dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadaMu hari depan yang penuh harapan" Walau apa pun yang akan terjadi nanti, aku akan tetap berserah kepada-Nya. Thanks God. :)