Sunday, February 19, 2012

Luahan rasa.

Kadang-kadang, aku berasa rimas dengan diri aku sendiri. Kenapa aku mudah terluka, kenapa aku mudah tersinggung, kenapa aku terlalu sensitif? Kenapa aku suka bersaing, kenapa aku begitu senang rasa cemburu, kenapa aku terlalu memaksa diri aku? Kadang-kadang aku cemburu kepada orang yang langsung tak rasa risau dengan kehidupan, tak menekan diri walaupun assignment belum siap, tak rasa tergugat atau bersikap selamba tatkala orang di sekeliling sibuk belajar.
Tapi aku sedar aku tak sempurna. Seingat aku, semasa aku masih sekolah menengah, sikap berdaya saing aku sangat kurang. Aku risau dengan ujian yang mendatang, tapi aku langsung tak berusaha. Aku menyimpan harapan tinggi tetapi tidak bertindak. Aku beli buku motivasi supaya aku bersemangat, tapi langsung tak berkesan. Aku beli banyak jenis buku rujukan supaya aku lebih faham apa yang diajarkan oleh cikgu, tapi sia-sia, aku jarang selak buku-buku itu sampai semuanya hampir berhabuk. Aku dulu teringin sangat nak masuk matric, sampai aku lekatkan syarat-syarat kemasukan matric supaya aku lebih rajin untuk mencapai impian, itupun sia-sia. Sampaikan pada malam sebelum SPM, aku rasa aku masih bersikap sambil lewa terutamanya dalam subjek sains. Aku rasa itulah keburukannya bila aku bersikap acuh tak acuh, selamba, dan tidak serius dengan apa yang aku ingin capai. Walaupun aku berjaya masuk matric untuk program dua tahun (PDT), aku masih rasakan yang aku bersikap sambil lewa dengan pelajaran aku sampaikan ujian Semester 1, aku dapat F untuk physics. Semasa Semester 2, aku masih bersikap seperti itu cuma aku serius sedikit kerana takut di 'kick', jadi aku study supaya aku masih dapat meneruskan pengajian di matric. Aku sedar, apabila aku mula serius dalam pelajaran, aku mula rasa sikap berdaya saing aku semakin ketara muncul. Aku akan rasa mudah ter 'psycho' bila melihat kawan-kawan seperjuangan tekun belajar, maksud aku, aku akan rasa tergugat. Sikap ini semakin teruk apabila aku masuk Program Satu Tahun (PST), apabila aku ditempatkan bersama dengan salah seorang kawan aku semasa aku masih dalam Program Dua Tahun (PDT). Aku tak dapat tengok dia belajar sebab aku rasa aku terlalu rendah di hadapan dia, dan aku selalu merasakan bahawa dia lebih pandai dari aku. Begitu juga dengan roommate2 aku yang lain, aku selalu rasa yang dalam bilik tu, akulah yang paling tak pandai. Sampai satu tahap, aku ambil meja dari bilik stor dan belajar sendiri di sebelah katil, dan aku menyendiri. Paling aku tak tahan ialah apabila ada masalah-masalah lain yang mengganggu keselesaan aku dalam bilik itu, secara tidak rasmi, pada pertengahan pengajian PST, aku pindah secara haram di bilik salah seorang daripada tutorialmate aku.
Kehidupan aku di bilik baru beri aku lebih ketenangan. Yang peliknya, aku tak tergugat atau ingin bersaing pun dengan tutorialmate ku. Aku rasa aman, dan aku rasa aku lebih dapat belajar dengan baik dalam bilik baru. Tutorialmate aku banyak beri inspirasi padaku, dan aku sangat berterima kasih padanya kerana pointer aku meningkat hasil dari inspirasinya. Kerajinannya, ketekunannya, aku berazam untuk mencontohi sikapnya ke mana saja aku pergi, dan aku bersyukur dapat mengenalinya. Dan secara jujur, dalam hidup ini, dia lah antara kawan yang boleh aku anggap sebagai kawan sejati.
Kini, selepas matric, aku meneruskan pengajian aku dalam peringkat diploma (SPA). Namun, sikap berdaya saing aku semakin memuncak sampaikan kadang-kadang ia hampir memakan diri. Tapi aku percaya, pasti ada jalan untuk mengatasi semua ini. Pada masa yang sama aku bersyukur, sikap berdaya saing atau menekan diri untuk belajar ada baiknya jika dilihat pada sudut positif. Jika dibanding dengan sikap aku yang sambil lewa dan tidak serius dulu, lebih baik aku begini, cuma pada satu sudut aku harus pandai mengawalnya supaya tak menyebabkan anxiety, huhu... By the way, aku bersyukur, apa yang di berikan Nya pasti ada sebabnya, aku diberi akal, dan pastinya Dia ingin aku menggunakan akal itu supaya aku lebih bijak dalam menilai sesuatu dan mengambil keputusan yang wajar dalam kehidupan ini. Thank you God. :)