Friday, December 14, 2012

Aku dan cuti.

Lamanya tak update blog. -__-

Cuti. Macam tak percaya 5 bulan berlalu and sekarang dah cuti akhir semester. Next year masuk sem 4. 1 and half year to go before tamat diploma. Tak sabar rasanya nak habiskan pengajian. By the way, cuti nie agak panjang sebab takda clinical macam last 2 sem. So, aku telah berazam untuk menggunakannya untuk melakukan hal2 yang berfaedah. :D

1st week cuti, aku lebih banyak habiskan masa aku di rumah.So, aku ambil kesempatan itu untuk belajar memasak. Umur dah 21 baru ada kesedaran nak belajar masak, huhu. Aku cuba beberapa resipi di internet, tapi masa 1st try tu memang failed habis, sampai adik aku complaint yang masakan aku tak ada rasa. 2nd try, aku cuba masak ayam goreng kunyit dan sayur buncis masak sos tiram. Thanks God aku berjaya masak 2 masakan nie walaupun tak cukup bahan. :D

Mungkin bagi orang yang pandai masak, masakan nie biasa2 saja. Apa-apa pun tetap nak share resipinya hehe..

Ayam Goreng Kunyit (2 orang makan)

Bahan A:
Dada ayam/Isi ayam 200g (Dipotong  kecil)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

Bahan B:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang kacang panjang
lobak merah (kuantiti ikut citarasa)
Sedikit serbuk kunyit dan garam (ikut citarasa)

1. Campurkan bahan A dan perap seketika. Goreng Bahan A sehingga masak.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan B. Kemudian masukkan bahan A dan gaul sehingga masak.
3. Hidangkan. :D

Senangkan? Selamat mencuba. :D







Tuesday, October 16, 2012

Lemah.

Dalam kelemahanku,
akan ku cari satu kekuatan.

Dalam kegagalanku,
akan ku cari satu kejayaan.

::Rasa rendah diri lebih baik dari perasaan sombong dan dengki…

“Everything happens for a reason”
Thanks God. :D

Thursday, September 13, 2012

Berubah.

Berubah. It's not easy like ABC. 
Aku berjanji dengan diri aku sendiri untuk lebih banyak berdiam.
Mungkin itu yang terbaik buat masa nie.

Change, change, change dengan diam, diam, diam.

All the best Chole!! 

Tuesday, September 11, 2012

Stress.

Beberapa hari nie, aku lalui hari yang tenang tanpa stress yang teramat. Tiba2, hari nie hormon Adrenaline aku meningkat mendadak bila dapat tau Ahad nie ada kelas ganti. Tambah meningkat pabila aku buat sorang classmate aku yang lelaki menjerit stress gara2 aku berleter tak puas hati depan dia. Aku rasa bersalah sangat sampaikan aku sendiri jadi stress. : (

But thanks God, aku dapat atasi semuanya dengan baik. Aku rasa beberapa minggu nie aku agak kurang rasa stress, kalau ada masalah pun, aku cuba untuk mengolah masalah tu menjadi benda yang tidak nampak seperti masalah. Hmm, entah mana aku dapat skil pelik nie. Wondering2. 

Next week Exam!!

"So whether you eat or drink or whatever you do, do it all for the glory of God." - 1 Corinthians 10:31

....Do the best for Him. : )

Monday, September 10, 2012

Test.

Pagi tadi pengajar buat test. Aku, secara jujur, memang tak study. Aku hanya sempat study 3 topik daripada 10 topik yang akan keluar. Aku ingatkan pengajar tu suruh kami semak kertas masing2 dalam kelas. Rupa-rupanya dia suruh hantar dan dia semak sendiri. Alamak! So, untuk tidak menghantar kertas kosong, aku telah mengulangi tabiat aku time Form 5 dulu---merapuuu.... :p

Ciri-ciri Osteoarthritis?

Peripheral Nerve Injury--- Jujur tak baca.
Bila tengok balik jawapan aku, aku ketawakan diri sendiri. Ini lah padah kalau tak study. Huhu..


.



 




Sunday, September 9, 2012

Lawatan.

Pada 5 September yang lalu, pelatih Occupational Therapy Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru--Semester 3 dan 4, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Anatomi, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. (Fuhhh.. Skema nya ayat..)

Malas nak menaip, tengok gambar je lah.. Ehe...

Dalam bas--with Jessey. : )

Destinasi pertama, UKM KL.

Rehat @ Burger King. : )
Examine VALPAR Component Work Sample 6 : Independent Problem Solving.
With Izzat @ KSKB Sg. Buloh


Driving Assessment Room--With my roommate and toiletmate. : )
Geng klinikal Hospital Miri--KSKB Sg. Buloh + KSKB JB
With my long lost friend, Veleryta. : )

OT KSKB JB Sem 3 & 4. : )


Next day after 'lawatan'---Sore eyes. Zzzz. :p







Friday, September 7, 2012

OT?

OT in Singapore! Check it out...

Tuesday, September 4, 2012

Back to normal.

Isnin. Kuliah bermula lagi. Macam biasa, assignments pun melambak. 1st day kuliah, aku agak exhausted. Mana tak nya, lif dah la rosak, aku kena turun naik tingkat 7 untuk kuliah, rehat, dan thumbprint. Last2 aku landing dengan sangat awal, tertidur sampai tak ingat dunia. Zzzz.. By the way, thanks God, 2nd day kuliah aku dah dapat adapt. Harap dapat tahan mata dari tidur awal. : )

SS di library.










Thursday, August 30, 2012

Teguran.

Semalam. Aku baru saja ditegur oleh salah seorang classmate aku yang tak berapa rapat dengan aku. Dia komen tentang personaliti aku yang susah nak senyum dengan orang lain, dan dia kata ada beberapa orang kawan lain yang terasa dengan sikap aku. Pada mulanya, memang aku rasa agak terkilan dengan teguran yang diberikan, sebab aku ada alasan yang kukuh kenapa aku buat begitu. Aku dengan yakinnya merasakan bahawa, "aku hanya ingin jadi diri sendiri, aku tak dapat nak puaskan hati semua orang dengan apa yang aku ada, biarlah... biarlah apa orang nak cakap, asalkan aku jadi diri aku sendiri." Sebenarnya sejak dulu lagi orang di sekeliling aku tegur tentang muka aku yang susah nak senyum dan stress. Aku pun terkejut bila Welter and Henry (kawan satu church tapi berlainan course), yang bagi aku tak berapa rapat dengan aku, tiba2 boleh tegur aku tentang muka aku. Sampai pada akhirnya aku immune dengan kata-kata orang dan anggap "muka aku memang dah macam nie, nak ubah macam mana lagi, hmmm.."

Pagi ini. Aku sebenarnya masih rasa sedikit terluka dengan teguran semalam. Amazingly, aku ditegur oleh Tuhan melalui ayat ini; Matius 5:46-48

" 46 Apabila kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah upahmu? Bukankah pemungut cukai juga berbuat demikian? 47 Dan apabila kamu hanya memberi salam kepada saudara-saudaramu saja, apakah lebihnya dari pada perbuatan orang lain? Bukankah orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian? 48 Kerana itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna."

Melalui ayat nie, baru aku sedar, terkadang dalam kehidupan seharian aku, aku hanya tegur dan senyum dengan orang yang aku sangat rapat sahaja. Even orang yang aku hanya kenal (tak rapat), kadang2 susah untuk aku lemparkan senyuman pada mereka, dan kadang2 aku mengharap orang lain untuk tegur aku dulu, baru nak senyum. Mungkin benar apa yang classmate aku tegur semalam, aku dah jadikan benda nie sebagai tabiat aku. Tapi aku sangat bersyukur bahawa teguran ini lebih mendewasakan aku dari segi sikap dan cara pemikiran aku. Ia buat aku sedar bahawa dalam hidup ini, aku tak boleh hidup berdasarkan prinsip aku sendiri, cara aku sendiri, pengertian aku sendiri, macam "suka hati aku lahh, dah hidup aku..", atau "biarlah apa orang nak cakap, asal aku jadi diri aku sendiri..". Aku harus hidup bukan dengan cara dunia, tetapi cara Tuhan.

Romans 12:2
2 Do not conform to the pattern of this world, but be transformed by the renewing of your mind. Then you will be able to test and approve what God’s will is—his good, pleasing and perfect will.
  
Mengasihi bukan hanya pada orang yang mengasihi kita, tetapi juga orang yang tidak rapat dengan kita, dan musuh2 kita. : )

 God bless! 










                                         




True love or .....

Pagi. Aku buka YouTube and tonton satu video kesaksian yang bertajuk "Dapatkan Jodoh Terbaik Dari Tuhan". I really love it and sangat diberkati lewat kesaksian yang disampaikan. LIKE sangat2.

 

Hari nie, aku tiba2 terpanggil untuk mengkaji tentang perbezaan antara 'true love' dan 'infatuation'. Banyak artikel yang telah aku baca dan semuanya mempunyai pengertian sendiri tentang 'true love' dan 'infatuation'. So, aku telah pilih beberapa petikan yang menarik untuk dikongsi setelah meminta bantuan dengan pak cik Google tercinta.. Thank you pak cik Google.. : )

  
Difference between love and infatuation...

“Real love involves commitment to the other person… infatuation doesn’t."
“Real love is more about how I can show I care for the other person… infatuation is more about how the other person makes ME feel."
“Real love is based on really knowing the other person… infatuation focuses on the physical qualities and impressions about the other person."
“Real love lasts through disagreements and trials… disagreements and trials often “bursts the bubble” of infatuation."
“Real love stands the test of time… infatuation doesn’t last.”
  
• True Love: Has a priority to maintain a close walk with God and desires to please the Lord above pleasing a guy.
• Infatuation: Thinks more about pleasing self and a guy than about pleasing God.  
• True Love: Desires to please her parents and seeks their approval in a relationship with a guy
• Infatuation: Desires to please a guy no matter what her parents think
.• True Love: Desires the approval of godly friends and spiritual authorities (Pastor, youth leader, Sunday School teacher) in her friendship with a guy.
• Infatuation: Develops a friendship with a guy no matter what others think and does not seek the approval of godlyfriends or spiritual leaders.

True love:  
-Your heart just knows that it's right. It will feel like you are home and warm and safe. You will just know that you have found what you have been looking for all your life. It's more than just attraction.
-The person in love knows all about their beloved's faults and shortcomings and they still care deeply about them. Their whole behavior is directed toward the other person's happiness.
- True love does not diminish when you are apart.
- Love allows freedom to choose and is never critical or judgemental. 
- If you can clearly see and accept all of your soul mates bad qualities and you put their needs above your own, then it is true love.

Infatuation:
-The infatuated person sees their adored one as perfect and flawless and they can become absorbed in daydreaming about them. They are more in love with their feelings than with the other person.
-You fell in love quickly (you are likely to also fall out of love just as quickly). True love takes time
-You know exactly why you love someone

 Konklusinya...

 (1 Corinthians 13:4-5), ‘Love is patient, love is kind. It does not envy, it does not boast, it is not proud. It is not rude, it is not self-seeking, it is not easily angered, it keeps no record of wrongs.‘ But infatuation is impatient, gets angered easier because it’s more about ME and how you make ME feel than how I can make YOU feel.

God bless! : )

Esok.

Esok kan ku jelang tanpa keraguan,
suria kan terus ada.

Thanks God. : )

Wednesday, August 29, 2012

Jatuh cinta.

Ouch! Perasaan yang pelik. Aku jatuh cinta pada 'medical condition'.

Harap cintaku akan terus berputik, mekar dan berbunga-bunga. :p

: )

Tuesday, August 28, 2012

Hari ini.

Hari ini. Pagi. Hari yang agak stress sebab 'tantrum' ku menyerang ketika aku sedang khusyuk menjahit PG (Pressure Garment). Punca kejadian di sebabkan terlampau lapar dan kegeraman kerana tidak berjaya menjahit sleeve pada vest PG. :(

Namun semuanya kembali tenang kerana Tuhan selalu ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah. Thanks God!

Nak share satu lagu yang selalu buat aku tersenyum sendiri. Haha. 'Cinta Bersatu' by Liyana Jasmay... Aku suka music and lyrics lagu ni, buat aku tenang semacam... LIKE!


Monday, August 27, 2012

Dear myself.

Dear myself, I'm tired of..

-impatient waiting for others
-get annoyed easily
-competing with others

Change. Change. Change.




Sunday, August 26, 2012

Snap2. Exist 2012


Team dari SIB Skudai

Jessey, me and Linda

Pris, Gordon and me

the worshiper of God

Act cute

Pris, Jane, Apai, Juwie and me @ SIB KL


EXIST--Impact the Nation!
Credit to the photographer--Miss Rovitta Jane.
God bless.

Yang kecil.

Hari nie, sekali lagi aku ditegur oleh Tuhan melalui khotbah Pastor Annie. Maybe orang melihat bahawa aku sudah dapat terima sepenuhnya keberadaan aku di tempat ini, namun, deep inside, masih ada sisa2 luka yang terkadang 'menyerang' perasaanku.

Aku percaya Tuhan punya rencana dalam setiap hidup kita, mungkin di dasarnya kelihatan seperti tiada harapan, tetapi rencana Tuhan kadang2 tidak dapat di fikirkan oleh manusia. Seperti dalam Yesaya 55:9, "Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku dari jalanmu dan rancangan-Ku dari rancanganmu."

Khotbah Pastor Annie hari nie ialah tentang 'Firman berkuasa mengubah'. Ayat utama dari tajuk ini ialah dari 2 Raja-raja 4:1-7, di mana ayat ini menceritakan tentang seorang janda yang baru kematian suami, mengadu tentang kekurangan hidupnya dan hutang-hutang yang ditanggungnya pada Nabi Elisa.

Ayat 2 Janda tersebut berterus terang bahawa ia hanya memiliki buli-buli berisi minyak.
Ayat ini menunjukkan kejujuran kita di hadapan Tuhan tentang pergumulan yang kita hadapi. Firman dapat mengubah kita apabila kita jujur kepada-Nya.

Ayat 3 Janda tersebut di arahkan oleh Nabi Elisa untuk meminta bejana2 kosong dari luar--bejana2 kosong tetapi janganlah ambil terlalu sedikit.
Ayat ini memaksudkan bejana2 kosong sebagai pergumulan kita, di mana yang kosong (pergumulan kita) perlu dipenuhi dan diselesaikan oleh Tuhan. Firman-Nya sebagai kekuatan dan jalan penyelesaian kita dalam menghadapi pergumulan hidup!

Ayat 4 Janda tersebut melakukan dengan taat, seperti yang di arahkan oleh Nabi Elisa.
Ayat ini menyatakan bahawa ketaatan kita kepada firman-Nya akan menjadikan ia berkuasa, membuat kita dipenuhi roh kudus, seperti dalam ayat 4 menyatakan '...tuanglah minyak itu ke dalam segala bejana. mana yang penuh, angkatlah.' Penuh melambangkan penuh dengan roh kudus.

Ayat 5 Janda tersebut bukan saja taat dengan apa yang di arahkan, tetapi juga bertindak!
Ayat ini menyatakan bahawa firman yang berkuasa memerlukan kita untuk bertindak. Jangan hanya menyimpan firman yang disampaikan, tetapi juga harus bertindak dan lakukan apa yang dikehendaki oleh Tuhan.

Ayat 6 Apabila anak kepada janda itu mengatakan bahawa tiada bejana lagi, lalu minyak yang berkelimpahan itu berhenti mengalir.
Minyak itu digambarkan sebagai berkat. Apabila kita mengatakan 'tidak' kepada apa yang diperintahkan oleh-Nya atau merasa kita sudah mencukupi dan tidak perlu Tuhan lagi dalam hidup kita, berkat2 Tuhan juga akan berhenti mengalir dalam kehidupan kita.--Jangan hadkan kemampuan Tuhan.

Ayat 7 Apabila minyak sudah dipenuhkan, janda tersebut dapat menjual minyak2 itu, lalu melaluinya, ia dapat membayar hutang2 nya (bebas dari hutang) serta dapat memenuhi kekurangan hidupnya.
Ayat ini mengatakan apabila kita hidup menurut firman Allah, kita akan bebas dari pergumulan (seperti janda itu yang bebas dari hutang) dan hidup bercukupan.--Hidup dalam berkat Tuhan.

Apa yang aku pelajari dari firman ini ialah bagaimana Tuhan menggunakan sesuatu yang kurang kuantitinya (seperti buli2 minyak yang sedikit) menjadi berkat kepada kehidupan seorang janda. Aku tertegur apabila dinyatakan bahawa, sesuatu yang kecil atau sedikit yang Tuhan berikan kepada kita, sebenarnya Tuhan mahu kita terus bergantung dan berharap pada-Nya. Kerana jika perkara2 besar diberikan kepada kita, mungkin kita akan rasa angkuh atau sudah cukup mampu untuk hidup tanpa memerlukan lagi pertolongan Tuhan. Aku percaya ayat ini benar2 menuju pada aku dan ia benar2 menyedarkan aku tentang impian ku yang tidak tercapai. Mungkin jika aku dapat apa yang aku inginkan, aku tidak lagi menyandarkan hidupku sepenuhnya kepada Tuhan dan mungkin aku tidak merasakan berkat Tuhan seperti yang aku alami sekarang.

Sesuatu yang kecil, aku percaya, apabila kita serahkan kepada Tuhan, Tuhan akan melakukan sesuatu yang luar biasa pada sesuatu yang kecil itu, yang mungkin tidak pernah terfikirkan oleh kita. Mungkin kini dunia memandang rendah dengan apa yang kita ada, mungkin tidak yakin dengan kemampuan kita, tetapi di dalam Tuhan tiada yang mustahil. Sesuatu yang kecil, sesuatu yang lemah, akan dipakai oleh-Nya untuk tujuan2 yang besar!


Luke 1:37 "For nothing is impossible with God."

God bless! 

: )





Exist 2012

Last Sunday, aku pergi ke konfrensi PPP SIB Semenanjung or Exist Conference di SIB KL. First of all, thanks God sebab semua peserta Exist dari SIB Skudai  dapat selamat sampai ke SIB KL, dan juga dapat selamat kembali ke JB. Paling best sebab tahun nie aku sempat ikut acara pembukaan Exist. Secondly, I want to thank my parents for letting me go. Syukur sangat dapat pergi bersama kawan2 Kolej and tak lupa aku dapat kenal lebih rapat lagi dengan orang yang tak pernah aku tegur di church selama nie. Sangat excited sebab tak sangka mereka nak tegur aku huhu.. Best of all, berkat yang aku terima daripada Tuhan melalui khotbah dan bengkel, semua ini tidak akan aku dapat di tempat lain.

Untuk Exist kali nie, aku tak banyak ambil gambar. Kebanyakan nya gambar SS hehe.. But thanks kepada beberapa camera girls yang sudi ambil gambar untuk Exist kali nie-- Miss JesseyChris, Miss Erica Kong, and Miss Rovitta Jane. You girls are awesome! 

Harap kita tidak hanya berkobar-kobar semasa Exist, tetapi juga sepanjang kehidupan kita selepas Exist. Harap kita semua dapat lakukan apa yang Tuhan ingin kita lakukan, iaitu mengimpak generasi di tempat yang Tuhan aturkan buat kita.

"We exist to impact, so let's impact the nation!"

God bless.






Curl or straight?

Hari nie, for the first time in my life aku curl kan rambut aku. Thanks to my hair stylish, Miss Norlia! 

Curly hair
 Secara jujurnya, aku lagi suka rambut lurus sebab senang nak jaga and tak sepanas rambut curl. Baru tau perasaan orang yang berambut curl hari nie, kena disiplin jaga rambut and kalau nak kekalkan curl yang cantik, kena sentiasa set up rambut. Huhu.. 
 


Wednesday, August 15, 2012

Peluang.

Bila aku 'selongkar' FB aku, ternampak 'note' ciptaan sendiri, bertarikh 5 Sept 2011.

Peluang

Jika aqu d beri peluang.
Inginku kembali ke bln April.
Ingin qu ubah 8 plihan qu.
Dan memilih dgn lbh bjak.

Jika aq d beri pluang.
Ingin qu kmbali ke bln Mei.
Ingin qu laku kn yg tbaik dlm tmuduga qu.
Agar dpt qu gapai cita2 qu.

Jika aq d beri pluang.
Ingin qu keluar dr tmpat ini.
Ingin qu kejar impian nan satu.
Ingin qu genggam sgulung ijazah.

Tp apa lh daya qu.
Aq x mampu mgubah yg telah berlalu.
Aq x dpt tlalu memilih.
Bkn aq tdk bsyukur,
Cuma tkadang hati qu mberontak.
Jiwa qu merintih.
Tp aq pcaya.
Pasti ada sbb dan tjuan,
Aq d tmpt kn d cni.

:)

Tuesday, August 14, 2012

LJ

LJ. Liyana Jasmay. I love her style!






PG or Splint?

 
Dorsal Cock-up Splint
PG (Pressure Garment)
      



Sunday, August 12, 2012

Events sepanjang bulan puasa.

Tak lama lagi nak raya. Cuti!!!!! Tapi seronok bulan puasa tahun nie, at least aku dapat merasa sehari berpuasa penuh dengan kawan2 sekelas. Penat tapi best! : )

Buka puasa with Puan Azi and my classmate

Me and Jessey

Buat biskut cornflakes kat bilik ADL


Biskut cornflakes.. Siap!


IFTAR mega @ Buka Puasa mega.
Me and Agnes. Buka puasa together.. :)

Menu sahur. Kurma!


= )


Best nya suasana kat kelas pagi nie. Pengajar tak masuk, and semua buat kerja masing2. LIKE!

Semalam aku pergi church macam biasa. And paling aku rasa diberkati, pabila khotbah dekat church memberi kesan pada aku. Khotbah semalam menyentuh pasal ‘mediocrity ability’, atau lebih mudah lagi diperkatakan sebagai ‘moderate ability or value’. Aku sebenarnya mempunyai ciri-ciri ‘mediocrity’. Aku selalu cakap ‘asalkan siap’, ‘asalkan ada’ dan sebagainya. And aku hanya impikan kehidupan yang moderate, simple and bercukupan, ‘asalkan cukup makan.’ Even dalam study, aku pernah berdoa supaya aku dapat moderate, padahal kita semua layak untuk dapat yang lebih baik. Akhirnya, last sem aku dapat moderate untuk ujian akhir sem, seperti dalam alkitab ada berkata, ‘mintalah, maka akan diberikan kepadamu….’ Mat 7:7. Ehe…

And satu perkara lagi yang aku ditegur semalam, tentang minat dalam melakukan sesuatu tugas. Aku selalu bersandarkan kepada minat. Kalau tak minat, aku akan berkeras cakap yang aku tak nak buat. Seperti tugasan yang diberikan presiden Kelab Mural minggu lalu, dia arahkan aku join untuk buat mural di library. Aku berkeras menolak sampai satu tahap aku jadi emo dan menangis (melampau kan?), aku berkeras cakap aku nak buat benda yang aku minat sahaja. Sikap sebegini sememangnya banyak memberi kesan kepada prestasi pelajaran mahupun ko-kurikulum aku. Sebenarnya ia dipengaruhi juga dengan impian sebenar aku yang tidak tercapai, sampaikan satu tahap, aku akan menangis menyesal dengan pilihan aku (pada bidang yang aku ceburi sekarang). Apa yang aku belajar dari khotbah semalam, minat tak penting. Yang penting kita lakukan satu tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan segenap hati dan bersungguh-sungguh untuk Tuhan. Sebab orang yang melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh dapat kalahkan seribu orang yang hanya mempunyai minat. 

Aku percaya, bukan semua orang di dunia nie dapat capai apa yang mereka nak. Even kawan2 aku yang lepasan matrik, banyak yang di kalangan mereka yang tak dapat course yang mereka impikan. Bak kata pengajar aku, dalam melaksanakan tugas, minat tak penting, yang penting rasa tanggungjawab.

LIKE2. Aku sangat suka khotbah Pastor Annie semalam.
Thanks God.
‘…Kuasa-Ku dapat diperlihatkan dengan jelas di dalam orang yang lemah.’ 2 Korintus 12:9

God bless!

Saturday, August 11, 2012

Fake.

I'm not fake. God changed me.
  I will never be the same
 
 I will never be the same
Now my eyes are open wide
I have been forever changed
Through the power of His blood

Chorus:
I will triumph in the Cross
That my Savior bore for me
I will stand with confidence because of Jesus
I no longer fear the grave
I'm a child of His grace
I no longer feel ashamed because of Jesus





Friday, August 10, 2012

Stress.

Bila aku buat muka sikit, orang cakap muka aku stress. Sampaikan ada orang tanya pada kawan aku, kenapa aku selalu buat muka stress. Aku tak perasan pula ekspresi muka aku akan mengundang kerisauan pada orang lain. Huuu. Speechless. Kadang2 ekspresi muka aku tak menggambarkan pun apa yang aku rasa. Cuma kadang2 tu memang aku betul2 stress.. Susah aku nak sembunyikan perasaan aku. Kalau aku gembira, aku senyum. Kalau aku tak suka, aku akan buat muka buruk. Susah, aku tak pandai jadi hipokrit, tak pandai nak senyum tipu2. Kalau senyum tipu pun nampak aku senyum tak ikhlas haha.

"Fake smile can hide a million tears.."

Hmmmm...

Assignment?!

Assignment.. Bila la aku nak siapkan assignment nie..
Suka sangat bertangguh.. Huhu... :(

Harap dapat siapkan sebelum Ahad.. Hoho..

New day!

Pagi2 lepas mandi, aku terus buka lappy and online.. Tiba2 hati aku terpanggil untuk baca satu blog nie.. Seriously, blog yang aku baca nie sangat menyentuh hati aku.. LIKE! Nie antara post yang aku paling suka. Just click!

LOVE.

Love is in the air... :)

Thursday, August 9, 2012

Love?


 Dalam minggu nie, 2 kali aku dengar pengajar kongsikan tips2 dalam bercinta. Bila fikir balik, aku tersenyum sendiri sebab tak sangka pengajar sudi cakap benda2 macam tu kat students. Banyak yang mereka share, antara yang aku ingat, kalau kita suka orang, mesti bersebab. Kita takkan suka orang tu kalau tak bersebab. Then, satu lagi, pengajar tu cakap, kalau kita nak bahagia dalam percintaan or perkahwinan, kita kena terima kelemahan pasangan kita. Sounds cliché kan, tapi memang betul.  : )

Aku? Aku tak tau lah. Perjalanan aku masih panjang. Tapi dari pengalaman lalu, aku sebenarnya belajar banyak benda. Mencari pasangan bukan untuk suka2. Kalau boleh nak bercinta sekali, bertunang sekali and berkahwin sekali. Tapi hidup tak lah semudah itu. Kadang2 kita kena lalui yang pahit dulu, baru dapat rasa yang indah pada akhir nya. Kadang2 kita kena lalui cabaran dalam percintaan, baru dapat belajar sesuatu and jadi lebih matang pada masa hadapan. And satu benda yang aku belajar, kalau bercinta, tak semestinya memiliki. Kita semua melakukan kesilapan, and kalau percintaan itu terputus di tengah jalan, kita tak boleh salahkan sebelah pihak sahaja, sebab percintaan melibatkan hubungan dua hala. Mungkin nampak dari luaran seperti pihak lelaki yang curang, tapi di sebalik kecurangan itu pasti ada sebabnya, mungkin sikap perempuan tu yang ‘queen control’  membuatkan lelaki tu curang (contoh je)..  

And satu lagi. Paling penting--kalau nak bercinta, kita kena tanya Tuhan dulu. Segala sesuatu, tanya Tuhan. Biar kita hidup mengikut kehendak Tuhan, bukan kehendak kita. Kedengaran perit, tapi Dia tahu yang terbaik untuk kita. Aku belajar nie dari konfrensi last year, dan khotbah Sharvin last week betul2 menusuk hati aku. Last week dalam perjumpaan CSF (Christian Students Fellowship), Sharvin share tentang cerita Abram dan Sarai yang tak ada anak. Sebab Sarai dah tua and tak dapat mengandung, so Sarai mencadangkan supaya Abram berkahwin dengan orang gajinya, Hagar. Sarai membuat keputusan ini tanpa tanya Tuhan. Akhirnya Abram bersetuju untuk berkahwin dengan Hagar dan Hagar mengandung. Apabila Hagar mengandung, dia memandang rendah pada Sarai kerana Sarai tak boleh mengandung sepertinya. Itu lah consequence yang perlu dihadapi oleh Sarai apabila dia lakukan sesuatu tanpa bertanya pada Tuhan. Sebenarnya ia membawa kepada consequence yang lebih besar tapi tak sesuai la nak share dalam ruangan ini hehe.. Cerita nie juga dapat aku kaitkan dengan isu mencari pasangan. Tanya Tuhan dulu sebelum memilih pasangan. Sebelum tutup cerita, nak share satu ayat bible yang aku sangat2 suka… 

 ”But seek ye first the kingdom of God, and his righteousness; and all these things shall be added unto you.” Matthew 6:33

Bak kata Jessey. “Cari Tuhan dulu…” : )


               

Sunday, August 5, 2012

Beautiful soul

I'm seeking for 'Beautiful Soul'. :)

Beautiful Soul by Jesse McCartney.

[Chorus]
I don't want another pretty face
I don't want just anyone to hold
I don't want my love to go to waste
I want you and your beautiful soul
You're the one I wanna chase
You're the one I wanna hold
I wont let another minute go to waste
I want you and your beautiful soul

I know that you are something special
To you I'd be always faithful
I want to be what you always needed
Then I hope you'll see the heart in me

I don't want another pretty face
I don't want just anyone to hold
I don't want my love to go to waste
I want you and your beautiful soul
You're the one I wanna chase
You're the one I wanna hold
I wont let another minute go to waste
I want you and your beautiful soul

Your beautiful soul, yeah
You might need time to think it over
But I'm just fine moving forward
I'll ease your mind
If you give me the chance
I will never make you cry c`mon lets try

I don't want another pretty face
I don't want just anyone to hold
I don't want my love to go to waste
I want you and your beautiful soul
You're the one I wanna chase
You're the one I wanna hold
I wont let another minute go to waste
I want you and your beautiful soul

Am I crazy for wanting you
Baby do you think you could want me too
I don't wanna waste your time
Do you see things the way I do
I just wanna know if you feel it too
There is nothing left to hide

I don't want another pretty face
I don't want just anyone to hold
I don't want my love to go to waste
I want you and your beautiful soul
You're the one I wanna chase
You're the one I wanna hold
I wont let another minute go to waste
I want you and your beautiful soul

You beautiful soul, yeah.

Realiti tak seindah 'fairytale'

Aku tak tau, tapi aku sangat suka lagu nie, walaupun lagu nie dah lama. Berkali dengar pun tak bosan. 'When there was me and you'... Ia seperti menceritakan tentang seseorang yang mengharapkan keindahan dalam percintaan tetapi harapan itu hanya tinggal mimpi. Duhh, jiwang plak. Ehe. :)

It's funny when you find yourself
Looking from the outside
I'm standing here but all I want
Is to be over there
Why did I let myself believe
Miracles could happen
Cause now I have to pretend
That I don't really care

I thought you were my fairytale

A dream when I'm not sleeping
A wish upon a star
That's coming true
But everybody else could tell
That I confused my feelings with the truth

When there was me and you

I swore I knew the melody

That I heard you singing
And when you smiled
You made me feel
Like I could sing along

But then you went and changed the words
Now my heart is empty
I'm only left with used-to-Be's
Once upon a song

Now I know your not a fairytale
And dreams were meant for sleeping

And wishes on a star
Just don't come true
Cause now even I can tell
That I confused my feelings with the truth
Because I liked the view
When there was me and you

I can't believe that

I could be so blind
It's like you were floating
While I was falling
And I didn't mind

Cause I liked the view

Thought you felt it too
When there was me and you

Surprise.

Thanks God. Hari nie surprise untuk birthday Clensy semuanya berjalan lancar.. Yang paling berjasa, Mr. Nicholas; thank you so much.. Then tak lupa kepada Jessey yang tolong beli barang, tolong masak and tolong angkat barang, thank you so much dear. Also to Norlia, Erica, Agnes, Stella, Debney, Brenda, Izzati, Anna, Aboy, Zufa, Shila and Davis, thanks for your support. :)



:)

Dalam banyak-banyak gambar di ambil, nie la 2 gambar yang paling aku suka time sambut birthday Clensy tadi. LIKE2.

Happy Birthday my roommate. Welcome to dunia 20-an. :p




PUSH.

Doa mengubah segala sesuatu.

PUSH. Pray Until Something Happen.

Wednesday, August 1, 2012

Positive thinking.

'Allow problems to motivate you toward greater creativity and strength. Treat it with positive thinking, and everything will be OKAY!'

Thank you for the quote. :)

Monday, July 30, 2012

Jatuh cinta.

Aku jatuh cinta dengan lagu nie-- "Esok kan ku jelang" by GMB.

Saat mataku memandang,
Keajaiban karyaMu
Sungguh siapakah ku ini,
Yang Engkau hargai
Dan cintai Selalu

Dan saat kupikirkan kebaikanMu,
Tak pernah ku kekurangan
Dan saat kurenungkan kesetiaanMu,
Esok 'kan kujelang
Tanpa keraguan, Surya 'kan terus ada

<3. Grateful.

Busy.

Ingat senang jadi AJK Photostat? Hmmm... Best jugak hidup ada cabaran, hari pun rasa cepat berlalu. Apapun yang terjadi, tangani dengan senyuman..

Muka nampak stress tapi di hati siapa yang tahu.. Hehe... :)

Don't judge the book by its cover.. <3

Wednesday, July 25, 2012

Easy come easy go.


Pagi nie, dengan malasnya aku bangun jam  5.30 pagi. Agak susah untuk aku bangun seawal itu sebab biasanya aku bangun jam 6 pagi. Sebenarnya, aku bangun awal sebab nak serang ATM. Sebelum jam 7 lagi, aku dan Jessie dah terpacak depan mesin ATM. Walaupun masih awal, tapi Q masih gak panjang. Maklumlah, elaun baru masuk, semua berebut nak ambik duit, takut sangat mesin jadi ‘Out of Service’.
Lepas je selesai dari mengorek duit, aku kembali ke kelas. Kat kelas, bendahari dah tulis kat papan putih segala macam benda alah yang perlu di bayar bulan nie. Bayar duit kelas, duit baju amali dan sebagainya. Jumlah yang perlu dibayar RM50. Kecut perut jugak. Tapi tak kisahlah, sebab memang dah tanggungjawab aku untuk bayar semua tu. So, bye bye RM50…
Petang plak, aku beli reload untuk hp, WiFi, dah tu beli barang keperluan, alat tulis, semuanya hampir mencecah RM100. Pastu time check dompet, jantung rasa macam nak jatuh ke lantai bila duit makin kurang.. 

: (

Lumrah. Easy come easy go. Macam mana mudahnya elaun tu masuk, semudah tu jugak ‘dia’ pergi.

Macam tu jugak manusia… Ye ke? Hmmmm…