Sunday, July 25, 2010

Tak nak.

Aku TAK NAK terlalu percaya pada orang, even kawan.

Aku TAK NAK jadi terlalu baik, serik dah kena pijak.

Aku TAK NAK mengumpat, bergunung dah dosa gara2 tuuu.

Aku TAK NAK terlalu bergantung pada orang.



Aku TAK NAK, TAK NAK dan TAK NAK.
Me. Learn to say NO.

Entah.

Aku risau. Aku risau dengan UPS aku. Aku tak tau nak cakap apa. Benda yang aku expect keluar, tak keluar. Tapi benda basic yang keluar, aku tak dapat jawab. Sot, SI unit for length pun aku boleh lupa, benda senang kan? Budak form 4 pun rasanya lebih terrer dari aku. Hanya kertas Physics lahh paling aku kesal, untuk kertas Chemist and Maths, stil moderate. Aku expect dapat F untuk Physics, and aku sangat takut untuk dapat D and F coz aku tak nak kecewa kan lecturer tutorial aku. Then, aku takut sangat2 kalau UPS aku effect pointer aku untuk final, IDK, yang pasti aku tak nak kena lelong. Aku takut aku tak lepas Sem 1, aku takut aku lulus bersyarat. Aku benci diri aku bila malas sangat2 nak buka buku, aku benci bila aku suka tido awal. Aku berazam nak study sampai pagi, tapi aku tahu aku tak mampu. Entah la, perkara tentang masa depan sangat membinggungkan aku sekarang. Sampaikan aku fikir, lebih baik aku ambik SPA or ambik diploma di UITM. But still, aku percaya, benda yang susah biasanya lebih berharga.. Ye ke? Entah lahh….