Wednesday, May 12, 2010

Goodbye for now.

Hari nie aku akan pergi ke pulau panas itu lagi.
Aku rasa aku takda masa nak update blog.
So, goodbye for now.

:(

Sunday, May 9, 2010

Mana perasaan?

13 Mei 2010, aku akan balik lagi ke pulau panas.

Aku lemah, otak aku kosong, aku tak bersedia. Cuti yang lama buat aku lembap. Pedih, aku dapat rasa aku tak dapat survive. Pelik, kenapa aku terlalu mudah putus asa?

Mana semangat aku yang membara dulu?
Mana perginya?

ENTAH.

Berdebar.

Aku tipu kalau aku cakap aku tak menanti.
Aku tipu kalau aku cakap aku tak mengharap.
Sesak rasa hati bila mengingatkannya.
Perasaan itu lebih mendebarkan daripada menunggu keputusan PSPM PDT.
Entah, aku tak sabar.
Entah, aku ingin sangat tahu.
Entah, aku sangat2 mahu...


14 Jun, cepat lahh datang.

Wednesday, May 5, 2010

Duhhh.


2-2 temuduga dah berakhir. Lega.


4 Mei 2010
Hari ini aku temuduga SPA, dan sejujurnya, aku langsung tak buat persediaan untuk temuduga nie. Aku mungkin terlalu fokus pada temuduga IPG kerana aku lebih berminat dalam bidang itu. Temuduga pagi ini aku jadikan sebagai pengalaman sahaja kerana aku kurang berminat dalam bidang perubatan, ehe. Aku apply hari tuu pun sebab untuk back up, takut2 results PDT aku tak lulus plak, huhu... Tapi kerja sekarang pun tak boleh memilih sangat kan?

Pukul 7.30 pg, aku dah ready nak bertolak. Tiba2, dalam perjalanan tuu aku lupa bawa pensil 2B, duhh.. Nasib laa mak aku jenis yang tak cepat melenting. Kitaorang terpaksa pusing balik mencari kedai runcit untuk beli pensil.

Tepat jam 8 pg, sampai di Pejabat Kesihatan Bahagian, kami, calon2 temuduga diarah masuk ke bilik kuliah untuk ambil ujian minat. 2 ratus lebih soalan dalam masa 40 minit, just jawab ya atau tidak. ehe...

Pastuu kira2 jam 9, semua calon tunggu giliran untuk ditemuduga. Aku dapat number 8, number favorite aku eh. Masa temuduga tuu aku da gak jumpa Teresa Tini, classmate aku time sekolah kat SMK Pujut.

Lama gak menunggu, akhirnya, kira2 jam 10.50 pg, aku di panggil masuk untuk temuduga. Oh! Lupa nak bagitau. Bilangan calon ditemuduga kurang dari 15 orang.. Lepas loceng dibunyikan, aku masuk dengan perasaan yang amat mendebarkan. Mana taknya, tanpa sebarang ilmu dalam bidang perubatan, sudah semestinya aku tidak dapat jawab soalan yang ditanya. Aku ketuk pintu dan masuk. Selepas diarah duduk, aku disuruh untuk memperkenalkan diri. Soalan pertama lagi aku dah membuka pekung di dada, aku tersasul cakap yang aku pelajar matrikulasi tanpa ditanya, bodohkan? Bukan maksud aku untuk menyembunyikan tetapi aku rancang tadi akan cakap tentang matrikulasi bila ditanya, tapi tersasul plak. Haihh..

Kerana kesilapan aku menyebut tentang matrikulasi pada soalan pertama, aku 'dihentam' dengan soalan yang menguji kecekapan aku untuk menjawab. 'Kenapa bazir masa ambik matrikulasi dua tahun?', 'Kenapa tak ambik Tingkatan 6?' Huh! Aku lemah, aku hilang idea. Mungkin sebab kurang bersedia dan tak sempat sarapan pagi. Masa tu aku betul2 rasa aku nak melangkah keluar dengan segera dari bilik tuu. Aku tiba2 rasa tertekan dengan soalan yang ditanya. Antara soalan yang aku tak dapat jawab ialah nama2 lain untuk antibiotik, fungsi2 panadol dan pembahagian dos2 untuk ubat panadol. Aiyo! Mana gue tau.. Huhu. Aku give up. Tiada semangat. Habis temuduga, aku keluar dengan muka pucat sambil meluru pantas ke kereta, aku tak sabar nak pergi dari tempat tuu, huhu...

Dapat keluar dari bilik temuduga tu rasa macam burung yang bebas, lepas dari tekanan.. Argghh, temuduga SPA memang susah kalau tak dapat tahan di psycho, macam aku.. huhuhu...

Monday, May 3, 2010

Last minute.. again?

Yup! Last minute. Lagi-lagi last minute. Itu lah perangai aku, tak berubah sejak dulu. Beberapa jam lagi aku ada temuduga S.P.A, and I'm not ready yet. Huhuhu.

Checklist!


Borang2 rasmi



Dokumen2 penting



Isu semasa.. (aku belum baca habis lagi, duhh!)


'Honesty is the best policy', tu je pesan bapa aku. Hmmm... Apa maksud tuu? Tepuk dada tanya selera.

Harap aku dapat buat dengan baik untuk temuduga esok...


Amen.