Sunday, July 25, 2010

Tak nak.

Aku TAK NAK terlalu percaya pada orang, even kawan.

Aku TAK NAK jadi terlalu baik, serik dah kena pijak.

Aku TAK NAK mengumpat, bergunung dah dosa gara2 tuuu.

Aku TAK NAK terlalu bergantung pada orang.



Aku TAK NAK, TAK NAK dan TAK NAK.
Me. Learn to say NO.

Entah.

Aku risau. Aku risau dengan UPS aku. Aku tak tau nak cakap apa. Benda yang aku expect keluar, tak keluar. Tapi benda basic yang keluar, aku tak dapat jawab. Sot, SI unit for length pun aku boleh lupa, benda senang kan? Budak form 4 pun rasanya lebih terrer dari aku. Hanya kertas Physics lahh paling aku kesal, untuk kertas Chemist and Maths, stil moderate. Aku expect dapat F untuk Physics, and aku sangat takut untuk dapat D and F coz aku tak nak kecewa kan lecturer tutorial aku. Then, aku takut sangat2 kalau UPS aku effect pointer aku untuk final, IDK, yang pasti aku tak nak kena lelong. Aku takut aku tak lepas Sem 1, aku takut aku lulus bersyarat. Aku benci diri aku bila malas sangat2 nak buka buku, aku benci bila aku suka tido awal. Aku berazam nak study sampai pagi, tapi aku tahu aku tak mampu. Entah la, perkara tentang masa depan sangat membinggungkan aku sekarang. Sampaikan aku fikir, lebih baik aku ambik SPA or ambik diploma di UITM. But still, aku percaya, benda yang susah biasanya lebih berharga.. Ye ke? Entah lahh….

Thursday, June 24, 2010

Still on this HOT island.. huhu

Keputusan UPU for degree dah keluar, jeles gak dengar kawan2 yang dapat masuk U, teringin sangat, huhu. But now, I'm still stuck on dis hot2 island but thanks God, I still can survive walaupun kadang2 rasa lemah untuk bertahan. 14 Jun yang lepas, results for temuduga KPLSPM kuar, and again, SADLY, aku tak berjaya masuk maktab. Maybe rezeki aku kat matrix, huhu, entah laa.. Aku tak tau nak jadi apa selain cikgu. Engineer? Its too high.. Doctor? lagi laa melampau. Aku takda impian yang setinggi langit begitu, coz aku tau ability aku sampai mana. Aku just harap aku dapat amik degree, dapat at least band 3 for MUET, then for my pointer, seboleh-bolehnya 2.50 and above...

Dowhhh.. Kehilangan idea untuk berkata-kata..

Bye. :(

Wednesday, May 12, 2010

Goodbye for now.

Hari nie aku akan pergi ke pulau panas itu lagi.
Aku rasa aku takda masa nak update blog.
So, goodbye for now.

:(

Sunday, May 9, 2010

Mana perasaan?

13 Mei 2010, aku akan balik lagi ke pulau panas.

Aku lemah, otak aku kosong, aku tak bersedia. Cuti yang lama buat aku lembap. Pedih, aku dapat rasa aku tak dapat survive. Pelik, kenapa aku terlalu mudah putus asa?

Mana semangat aku yang membara dulu?
Mana perginya?

ENTAH.

Berdebar.

Aku tipu kalau aku cakap aku tak menanti.
Aku tipu kalau aku cakap aku tak mengharap.
Sesak rasa hati bila mengingatkannya.
Perasaan itu lebih mendebarkan daripada menunggu keputusan PSPM PDT.
Entah, aku tak sabar.
Entah, aku ingin sangat tahu.
Entah, aku sangat2 mahu...


14 Jun, cepat lahh datang.

Wednesday, May 5, 2010

Duhhh.


2-2 temuduga dah berakhir. Lega.


4 Mei 2010
Hari ini aku temuduga SPA, dan sejujurnya, aku langsung tak buat persediaan untuk temuduga nie. Aku mungkin terlalu fokus pada temuduga IPG kerana aku lebih berminat dalam bidang itu. Temuduga pagi ini aku jadikan sebagai pengalaman sahaja kerana aku kurang berminat dalam bidang perubatan, ehe. Aku apply hari tuu pun sebab untuk back up, takut2 results PDT aku tak lulus plak, huhu... Tapi kerja sekarang pun tak boleh memilih sangat kan?

Pukul 7.30 pg, aku dah ready nak bertolak. Tiba2, dalam perjalanan tuu aku lupa bawa pensil 2B, duhh.. Nasib laa mak aku jenis yang tak cepat melenting. Kitaorang terpaksa pusing balik mencari kedai runcit untuk beli pensil.

Tepat jam 8 pg, sampai di Pejabat Kesihatan Bahagian, kami, calon2 temuduga diarah masuk ke bilik kuliah untuk ambil ujian minat. 2 ratus lebih soalan dalam masa 40 minit, just jawab ya atau tidak. ehe...

Pastuu kira2 jam 9, semua calon tunggu giliran untuk ditemuduga. Aku dapat number 8, number favorite aku eh. Masa temuduga tuu aku da gak jumpa Teresa Tini, classmate aku time sekolah kat SMK Pujut.

Lama gak menunggu, akhirnya, kira2 jam 10.50 pg, aku di panggil masuk untuk temuduga. Oh! Lupa nak bagitau. Bilangan calon ditemuduga kurang dari 15 orang.. Lepas loceng dibunyikan, aku masuk dengan perasaan yang amat mendebarkan. Mana taknya, tanpa sebarang ilmu dalam bidang perubatan, sudah semestinya aku tidak dapat jawab soalan yang ditanya. Aku ketuk pintu dan masuk. Selepas diarah duduk, aku disuruh untuk memperkenalkan diri. Soalan pertama lagi aku dah membuka pekung di dada, aku tersasul cakap yang aku pelajar matrikulasi tanpa ditanya, bodohkan? Bukan maksud aku untuk menyembunyikan tetapi aku rancang tadi akan cakap tentang matrikulasi bila ditanya, tapi tersasul plak. Haihh..

Kerana kesilapan aku menyebut tentang matrikulasi pada soalan pertama, aku 'dihentam' dengan soalan yang menguji kecekapan aku untuk menjawab. 'Kenapa bazir masa ambik matrikulasi dua tahun?', 'Kenapa tak ambik Tingkatan 6?' Huh! Aku lemah, aku hilang idea. Mungkin sebab kurang bersedia dan tak sempat sarapan pagi. Masa tu aku betul2 rasa aku nak melangkah keluar dengan segera dari bilik tuu. Aku tiba2 rasa tertekan dengan soalan yang ditanya. Antara soalan yang aku tak dapat jawab ialah nama2 lain untuk antibiotik, fungsi2 panadol dan pembahagian dos2 untuk ubat panadol. Aiyo! Mana gue tau.. Huhu. Aku give up. Tiada semangat. Habis temuduga, aku keluar dengan muka pucat sambil meluru pantas ke kereta, aku tak sabar nak pergi dari tempat tuu, huhu...

Dapat keluar dari bilik temuduga tu rasa macam burung yang bebas, lepas dari tekanan.. Argghh, temuduga SPA memang susah kalau tak dapat tahan di psycho, macam aku.. huhuhu...

Monday, May 3, 2010

Last minute.. again?

Yup! Last minute. Lagi-lagi last minute. Itu lah perangai aku, tak berubah sejak dulu. Beberapa jam lagi aku ada temuduga S.P.A, and I'm not ready yet. Huhuhu.

Checklist!


Borang2 rasmi



Dokumen2 penting



Isu semasa.. (aku belum baca habis lagi, duhh!)


'Honesty is the best policy', tu je pesan bapa aku. Hmmm... Apa maksud tuu? Tepuk dada tanya selera.

Harap aku dapat buat dengan baik untuk temuduga esok...


Amen.

Thursday, April 29, 2010

Get ready!

Yang dah berlaku biarkanlahh berlalu, yang penting pandang ke depan dan terus berubah menjadi lebih baik. Looking forward!!!!

I'm not ready for my interview, honestly! 4 May temuduga SPA and 5 May temuduga maktab. Uhh.. But still happy coz masih diberi peluang oleh Gov untuk temuduga. ehe. SPA or maktab, dua2 nya aku nak buat sehabis baik, seboleh-bolehnya. :)

Matrix? Aku decide untuk datang lambat. Desperately, aku nak tukar jurusan. Walaupun physics aku agak low lam results but I still want to try, don't want to bedah2 the tikus, haha, sebenarnya bukan itu sebabnya.. Ada larr.. shhhh.. :)

Apa lagi erk? Ha! Cuti ini sangat membosankan. Aku buat benda tak berfaedah cam tengok TV, tido, makan, online, haihhh, membazir masa kan? Otak pun dah jadi malass.
Aku rasa nak balik kampung jak, nak ambik sijil, surat tawaran etc. Then nak jumpa Bob, ehe. Don't know lahh.. Masalahnya aku dah balik kampung hari tuu.. Then jalan Mukah-Selangau buat aku rasa sangat2 dizzy. Perjalanan dari Miri ke Dalat buat aku sangat2 penat, thats why aku malas balik gakk.. huhu.......

Aku tak tau nak cita apa lagi dalam blog nie. Bila aku dah balik pulau nanti entah dapat tak lagi blogging. hmmmmmmm....

Tuesday, April 27, 2010

Grateful. Thankful.

Aku. Pagi2 bangun. Pukul 7. Haish, 3 jam lagi sebelum results PDT keluar. Berdebar.
9.59 am, debaran sampai ke kemuncak. Duh. Nervous. Bergetar-getar pegang telefon untuk call.
Macam tak percaya, subjek yang buat aku menangis itu lah yang mendahului subjek2 lain. Sedangkan subjek yang aku agak yakin ketika menjawab, dapat paling tercorot. Fuh, btw, thankx God coz aku lulus. At least aku lulus kan..? :)


Orang yang paling berjasa ialah roommate aku. Dia yang selalu paksa aku belajar and berjaga malam. Aku syukur sangat2 dapat roommate macam dia. Thankxx a lot June.
Then secondly, Terusie. Saat aku betul2 di ambang 'maut', sehari sebelum kertas Physics, aku hampir give up. Aku betul2 lemah masa tuu. Hanya Tuhan yang tahu.. She was there to comfort me, and force me to revise. Thankful sangat2 coz ada diaorang, kalau tak, memang aku dah failed, I guess. Thanks....

Aku.. Masih tak buat sehabis baik, aku tahu. Agak kecewa dengan Physics, tapi apa nak buat, semua dah berlalu. Matrixx, here I come... at last, dapat juga aku pakai nametag PST--It's my dream, ehe.... :)

Monday, April 26, 2010

IDK.

Orang cakap, results PDT kuar beberapa jam lagi...
Aku? Belum bersedia...

Aku bersyukur sangat2 dapat 2 'back up' walaupun hanya temuduga, aku harap aku dapat lulus salah satu darinya. Entah, aku lebih risaukan temuduga dari results PDT. You know what? I hate this feeling. Aku sepatutnya risau pasal results, apa yang aku harapkan cuma dapat lulus. Lulus, lulus, lulus. Kalau takk lulus??? Hmmm, orang kata tak baik fikir negative, but Nicole said 'we must expect less, jangan mengharap sangat, nanti kecewa, kann??'

God, give me strength and show the best path for me. Lead my way.

Amen.

Wednesday, April 21, 2010

Ke mana??

Cepatnya masa berlalu. Sekali lagi, aku jadi pemalas terunggul di rumah. Most of the time dok depan tv and pc, langsung tak sentuh buku2 atas meja..
Beberapa hari je lagi, keputusan temuduga maktab kuar.. and keputusan pspm pdt plak kuar 3 hari lepas tuu.. Aku rasa tak sabar nak tau keputusan tuu..

'Penantian satu penyeksaan'.. huh.. :(

Sunday, April 18, 2010

Aku dan dia.

Daisypath Anniversary tickers

Cuti lagi?

Aku tak suka cuti lama2, sebab cuti tak baik untuk otak aku. Cuti boleh buat otak aku stuck, sebab aku lah paling malas buka buku time cuti.. Beberapa hari lepas, aku dapat temuduga SPA. Aku just nak buat sehabis baik, dapat atau tak, itu belakang cerita..

My catalyst

Catalyst? Sapa catalyst aku? June!




Gonna miss you June.. Thankxx..

Welcome back!

Duh! Lama dah aku tak blogging, miss it so much.. Genap 3 minggu dah sejak aku meninggalkan pulau panas itu, huh. Banyak yang aku pelajari sejak jadi pelajar program dua tahun yang terhormat.. Aku yang dulu selalu mengeluh, ‘kenapa lahh aku jadi budak dua tahun, kenapa? Kenapa?’, namun selepas mengalaminya, aku bersyukur sangat2… Program nie bagaikan memberi aku ruang untuk berubah, memberi aku lebih masa untuk berfikir dan memberi aku pengajaran, pengajaran yang aku ambil dari orang2 di sekeliling aku. Juga memberi aku pendedahan dari segi menyesuaikan diri, supaya aku tidak kekok dengan kesukaran, tetap bertahan dengan cabaran. Aku harap aku diberi peluang kedua lagi. 28hb bakal menjelang, keputusan PSPM PDT akan keluar tepat jam 10 pagi. Hanya 2 jawapan yang mendebarkan, Lulus atau gagal. Pointer? Entah lahh, aku rasa aku tak buat sehabis baik, masih banyak yang perlu diperbaiki. Huh, dah berlalu, kenapa harus dikenang? Yang penting serahkan segalanya pada Tuhan, kan? Ehe.. :-)


Gambar masa muda2 dulu.. huu, rinduuu KML. ehe...

Sunday, January 3, 2010

Stress.

Sebenarnya aku tak suka extend cuti, betul, aku tak suka. Aku tak suka ketinggalan pelajaran. Gara2 4 hari aku terpaksa berkejar-kejar dengan orang lain, aku harap aku sempat.

Paling aku takut sebenarnya, ketidakhadiran aku dimasukkan ke dalam PB (penilaian berterusan), dan aku sedia maklum gak, tak ramai yang extend cuti. Lagi2 aku tak hantar projek kedua BI, aku tak tau camne nak explain kat miss, takuttt... :(

Maths, aku dengar dah masuk topic Intergration, OMG! habis la aku, STRESS!!