Monday, September 7, 2009

Lagi2 air..


Dah lah panas, tak ada air plak tuu.. Hu, terkilan gak coz tak dapat mandi satu hari tuu, tu semua salah sendiri coz tak rajin pegi cari air.. Dari pengalaman sendiri, aku dapat pengajaran, ‘rajin2 lahh cari air’, sebab teruk nya rasa bila sehari tak mandi, ditambah lagi dengan rasa2 melekit kat badan, kesan2 peluh walaupun dah dilap beberapa kali, masih gak terasa ketidakselesaannya.. Bila pergi ke dewan kuliah, mungkin orang takkan tahu bahawa kita tak mandi sehari, tapi hati tetap rasa tak senang, sebab kita sendiri tahu kita tak mandi… Kalau dah kritikal sangat, aku sanggup tak mandi pagi, at least petang mesti mandi, tapi kalau sehari tak mandi memang parah laa rasanya…

Berikutan masalah air yang melampau-lampau di KML, aku ambil inisiatif untuk merajinkan diri mencari air… Tak nak lahh terus menerus menanti air di tepi tandas, huhu… Berdoa saja pun tak guna, usaha kena ada, kan? Nasib lah malam tu, seorang dari kawan aku bagi info yang pili bomba di dewan kuliah ada air… Mula2 aku ragu2 nak pergi coz tak ada orang teman… Tapi apa nak buat, kalau nak air, kena la cari, so, aku berjalan seorang diri ke dewan kuliah dengan 2 biji baldi.. Sampai je di dewan kuliah, aku gembira coz ada air, tambahan lagi orang yang ambil air kat situ baik kat aku, diaorang suruh aku isi air dulu sedangkan diaorang lebih dahulu datang dari aku, duuhhh, bahagia nya.. 2 baldi yang berisi air, aku angkut sorang2 dari dewan kuliah ke blok C.. huh, penat yang melampau-lampau sampai kan satu badan berpeluh, tapi berbaloi coz malam dan pagi, aku ada bekalan air… heee… Keesokan paginya, ada gak yang tak dapat mandi gara2 tak ada air bekal, aku hanya tersenyum dalam hati coz aku dah mandi… Aku harap hari2 seterus nya, misi mencari air akan berjalan dengan lancar.. Be with me God.. amen,,

Kuarantin?

24 August till 30 August.. urr

Dukacita dimaklumkan, aku dan kawan2 PDT yang lain dikuarantin selama seminggu. Huu, mula2 dapat tau pasal nie, aku memang hepi sangat2… Aku seolah-olah diberi masa extra untuk buat keja2 aku yang belum siap and study untuk quiz.. Tup2, lain plak yang aku buat time kuarantin.. Hampir kebanyakan masa aku dihabiskan untuk menonton movie. Memang diakui sangat2, aku amat mudah terpengaruh ngan kawan2 aku sendiri.. Aku sebenarnya kecewa ngan diri aku sendiri coz tak dapat urus masa aku dengan sebaik-baiknya.. Amat2 kecewa... Apa yang aku suka pasal kuarantin nie ialah, aku tak da masalah air coz aku ditempatkan di blok A, orang kata blok A syurga air, uii, tiap2 hari aku mandi shower, bahagia ehh… Aku pasti pasni aku akan kembali berduka dengan masalah air, tapi honestly aku lebih selesa duduk kat bilik sendiri, hanya aku yang tahu kenapa…. Ehe…