Saturday, August 22, 2009

Itu, ini, dan lain2..

Aku rasa tak nak balik KML.. kenapa? Aku belum puas dok rumah, lagipun aku belum study untuk quiz, physics pun aku tak baca langsung, uhhh.. Dok rumah cam best… Tido pun cukup sejuk, mandi pun cukup basah… huuu, I gonna miss dat ah….

Aku terbangun dari tido gara2 mimpi buruk tadi. Mimpi yang agak buruk, yang buat aku menangis dalam mimpi.. Aku nampak orang accident dalam mimpi aku, dan mayat bergelimpangan, ada yang sampai putus kepala.. Argghh, dalam mimpi aku menangis teresak-esak mencari mak aku coz mak aku hilang, huuu, tragis sungguh mimpi tuu..huuu… Aku dapat rasa mimpi tuu berikutan dari sikap aku semalam. Entah, aku tak dapat hilang rasa benci kat sorang nie.. Tengok muka dia, dah buat aku tak suka… Aku tau, berdosa lahh amat kalau kita membenci orang, tapi yang nie seolah-olah aku tak dapat halang diri aku untuk membenci dia, walaupun dia tak buat salah besar kat aku.. Sebenarnya, aku tak suka perasaan macam nie, ia buat aku semakin rasa bersalah.. Kalau boleh sampai bila2 tak nak jumpa dia, buat tambah dosa ja coz setiap kali jumpa, tanduk kat kepala aku nie automatically akan ‘keluar’, hmmm… Mak aku cakap jangan pandang rendah kat orang.. Haihh, bukan nya aku pandang rendah, Cuma aku tak suka tengok orang tuu.. dan pasal pandang rendah kat sapa2 nie, aku akui, aku ada kelemahan dalam part tuu, tapi aku cuba untuk menerima keadaan sekeliling aku dengan lebih positif, coz aku pun sedar aku bukannya baik sangat, bukan bagus sangat ponnn, hehe…

Hari nie aku akan balik KML.. aku kena gak pergi walau hati rasa berat… Mungkin di sana lebih sesuai untuk aku bertapa… Kalau bertapa kat rumah nie, sampai bila2 pun aku takkan maju.. Mana tak nya, asyik layan internet, dah tu tido, jalan2, kerja pun entah bila nak siap...:p

Pasni maybe jarang laa aku update blog, tengok situation gak laa.. Tapi kalo hari Selasa ada masa free, aku akan selalu online untuk update…


Bye2 Miri… Jumpa lagi 2 months later ahh.. Gonna miss u huuu.. :(

Tuesday, August 18, 2009

Pemalas terunggul

Macam biasa, hari nie bapa aku daa kat rumah, so aku tak berani nak bangun lambat cam selalu… Takut ahh dengan Boss…
Seminggu lebih dah cuti, rasa macam tak cukup.. Rasa malas sangat nak balik KML, uhh, Encik Pengarah, bleh tak bagi cuti 2 minggu lagi? Huhu..

Pagi nie, aku decide nak belajar physics… Bukan main lagi online cari notes physics, tup tap tup tap, bila dah kat meja belajar tuu, lain plak keja aku.. Bukan nya belajar tapi layan movie lakk, haih… Tiap kali tengok buku Physics, mata aku automatically ngantuk. Ah!! Aku tak minat physics!! Hendak ku jerit pun tiada guna, bukan nya aku dapat drop kan subjek alah tuu, wajib gak ambik Physics, uhhh, benci nye…

Hari nie keja dan tutorial aku terbengkalai lagi.. Aku tak buat langsung… Again and again, aku jadi pemalas terunggul a.k.a Miss lazy pig… Next week ada quiz, tapi aku masih terkapai-kapai dan blurr, aduhhh, kenapa aku malas?!!…. Kenapa ohh kenapa?



Da jual ubat hilangkan malas tak? Huhu.. :(

Life.. appreciate it..

Ah, pagi2 lagi aku bangun, semangat...
Semalam dan semalam, aku bermurung saja.. Aku fikirkan benda2 remeh yang tak sepatutnya aku fikirkan. Kenapa? Kenapa aku harus sia-siakan hidup aku untuk fikirkan tentang semua itu? uhh.. Kadang2 aku rasa aku terlalu banyak berfikir... Hidup nie terlalu indah untuk disiakan, kan?

Hari nie, aku test untuk ambik lesen P... Nervous gak, macam nak ambik SPM je perasaan tuu, ehe.. Number giliran aku, 4.. 4? uhh, chinese ppl kata tu number malang, aduhh.. Aku memang tak yakin nak lulus pun, coz dah dua bulan aku tak driving sejak terdampar kat pulau panass tuuu...uhh



Untuk test driving, aku bertuah cozz pegawai yang menilai aku sorang pompuan.. Masa mula2 tuu aku lupa nak turun kan hand brake.. twice!! nasib laarr pegawai tuu bagi klu dan sanggup bagi last chance kat aku, kalau tak memang gagal beb... Haihh.. Belum jalan lagi dah buat kesalahan.. duh2..

Bila dah kat jalan raya, semua berjalan lancar.. Tiba2, pegawai 2 suruh aku tukar pegi lorong C (kat Pujut 7), lorong yang aku agak geruni coz weakness terbesar aku ialah round about... Aku memang weak sangat part tuu, I know it... Bila dah sampai round about, aku redahh je... Aku dapat rasa aku akan buat salah tapi aku redah je lahh, huhu... Kawan aku pun dah pesan, 'be cool'.. So, aku fokus and fokus je.. Pas lalu semua halangan, akhirnya, aku sampai gak... Mula2, aku ingatkan aku gagal bila pegawai tu sebut perkataan 'failed', tapi tak sangka aku lulus... Argghhhh!! happy nye... Ermm, tapi aku ada buat salah kat round about, then, aku berazam nak improve bahagian tu.. yezaaa...

Dah lepas satu halangan, tinggal 3 lagi halangan yang perlu di lepasi... Ahh, test bukit, test parking S dan 3 point turn.. Masa tengah tunggu giliran tu, sempat gak tengok gelagat orang lain yang tengah ambik test... Ada yang langgar tiang, ada yang tak lepas garisan kuning... Makin tengok, makin nervous... Pas setengah jam menunggu, akhirnya tiba giliran aku.. Ehem, aku buat je cam biasa walaupun dalam hati tuu memang nervous gila.. Naik bukit... stop! yesss, perfect! Lulus... Parking S... Oppsss, salah petak lakk, malu siot, terpaksa reverse ke belakang lagi... Masuk, stop, kuar.. Perfect, Lulus.. :)... Then 3 point turn, my favorite part.. Masuk dalam petak, opppsss... Tiba2 enjin mati, alamak, tiba2 aku jadi gelabah... Alahai... Nasib lulus... Yess... Lulus semua ahh.. Akhirnya, dengan aku senyuman meninggalkan IMMS.. ahakxx.. Hepi nye... YAHOO....

Ahh, lepas je aku balik dari IMMS, aku pegi ke Bakery tempat mak aku keja.. Then kat situ, aku dapat kawan baru, wee.. Hepi nye...


Hari nie aku belajar untuk lebih menghargai hidup, walau kegembiraan itu sekecil bakteria pun, ia tetap boleh memberi sebuah senyuman dan satu kepuasan yang aku rasa bagaikan berkat dari Tuhan..