Sunday, July 26, 2009

Kena hukum...

23 Julai

Haha, hari nie first time aku dihukum time maths gara2 tak buat satu soalan (huhu, satu soalan pun kedekut..)... Btw, aku hepi coz ramai gak yang senasib ngan aku... Hukuman nye simple je, kitaorang sume kena dok bersila depan kelas, haha... sempat gak kawan aku ambik gambar aku dihukum, thanks Lucia.. ahakxxx

Again n again... Physics matter...



22 Julai

Oh tidak, pagi nie tutorial physics, tiba2 jer pensyarah bagi kuiz... OMG, dah la aku belum prepare, bab nie pun aku tak faham sangat.. Yang buat aku tambah pressure lagi bila lecturer tu tenung kertas aku time aku tengah menjawab, dah la masa tu aku blur, makin ditenung, makin laa blur... Duhhhh... Memang parah Physics aku... Seperti biasa, lecturer tu suruh kitaorang berhenti matrikulasi je kalau tak dapat handle lagi.. Ha... Da gak terlintas nak berhenti kalau dapat tawaran lebih bagus, ehehehe, dapat maktab ke... huhuhu

Whoa..



21 Julai

Best nya hari nie, sepanjang pagi kitaorang tak ada kelas, so aku dan Maine pun plan nak pergi Library... Guess what, suasana di tingkat 2 sangat2 lenggang, sunyi, dan sepi... Whoa, best dan bahagianya, aku dengan gembiranya membelek buku tanpa rasa kekok seperti hari2 yang sebelumnya.... Hmmm, entah laaa, time banyak orang, memang kekok sangat2 rasanya, apatah lagi bila nametag aku nie berwarna hijau, pabila ke sana ke mari, aku rasa sedikit lain setiap kali berselisih dengan pelajar2 bername tag biru dan merah, uhhh, I hate dat feeling u noe.... Kadang2 aku rasa aku sangat kecil di hadapan pelajar PST. hmmmmmm...


Sukaneka n outing

18 Julai 2009


B1T5 in da' house



Are u ready guys?
'Bulih bha kalau kau'
Are u ready guys?
'Bulih bha kalau kau'....

Saying B1T5
We will win this game..
B1T5
We won't give it up..
B1T5
We're like a shooting star
Saying..
B.1.T.5

It's hot in here..
There must be some T5 in this atmosphere
I say oee, oee, oee, oee
Icy, icy
Oee, oee, oee, oee
Icy, icy

T5... is hot to go
H.O.T.T.O.G.O
T5 is hot to go
T5 is hot to go
T.5!!!....

Nie laa lirik yell untuk kumpulan tutorial kitaorang... I love it so much... and I love B1T5, muah2...(ye ke? ermmmm)

Hari nie, budak2 PST (program satu tahun) yang seramai 2 ribu lebih orang, kebanyakannya telahpun meninggalkan KML untuk holiday, dan yang tinggal di KML kini ialah budak2 PDT (program dua tahun) yang hanya seramai 2 ratus lebih orang saje... Bayangkan, betapa sunyinya hostel... Bekalan air pun mencurah-curah, ohhh, bahagianya, hehe.... Btw, ada gosip yang mengatakan cafeteria akan tutup, OMG... tapi tak tau larrr betul atau tak, coz kalau cafe tutup, duuhhhh, aku nak makan apa erk? Makin kering kontang la aku nanti kalau cafe tutup, huhu... Lepas dengar gosip tu, kitaorang plan nak buat back up dengan beli barang2 kat luar dan buat makanan sendiri kat hostel... yezaaaa....

so, after sukaneka pada hari sabtu, kitaorang terus keluar outing dengan baju KML, huhu, semangat beb.. Kitaorang mula2 pegi KFC kat UK (bukan united kingdom yerr) dan makan puas2... Then, kitaorang shopping, shopping dan shopping.... Dalam perjalanan tu, sempat gak kitaorang singgah kat muzium Labuan and bergambar sakan, macam pelancong lak rasa, hehe... Then, kitaorang pergi ke Utama Jaya coz nak shopping barang makanan kat situ... Malang tidak berbau, masa tengah syok tengok2 baju kat Utama Jaya, salah sorang kawan aku kehilangan dompet.. Duhhhh... Berasap la aku dan yang lain cari dompet tu kat longgokan baju, tapi tak jumpa2... Dah laa IC, kad ATM, semua nya ada dalam dompet tuuu... Cian... Kalau aku, memang aku nangis sebaldi siot... Mana tak nye, mana boleh hidup kan kalau tak ada duit kat tempat orang nie, hishhhh... Last2, kitaorang plan untuk buat Police Report. Perjalanan kitaorang berakhir dengan tragis di balai polis Labuan.... huhu... ermmm, tak ada apa2 berlaku sebenarnya, kawan aku yang kehilangan dompet just buat report jerrr.. Then, kitaorang balik KML dengan badan yang lenguh2, penat sangat2... mana tak nya, hampir satu Labuan dah kitaorang jalan, kini, baru lahh aku sedar, betapa kecilnya bandar Labuan nie.. huhuhu....


Depan muzium Labuan... mana aku erk? hmmm





Team B1T5..





Me, Maine, lusia n Cici



Me and my mummy





Geng jegittt weiiiii

Uiiiii....

17 Julai 2009

Alamak, hampir seminggu lebih daaa KML tak ada air, tapi makin serius lagi bila semua simpanan air habis. Duhhh! Aku terpaksa berhijrah ke Dewan Kuliah untuk cari air... Guess what, aku mandi dengan air pili bomba beb.. haha... Tu la aksi orang yang dah desperate cari air. Hari sebelumnya aku mandi dengan air bawah tanah, huh, coklat je rupa air tu, duhhhh, apa2 je la, janji mandi kan, coz badan dah berpeluh sangat2.... uiiii

Hari nie, Eve merangkap kawan aku, ajak aku dan sorang lagi kawan aku, Mainee, pi mandi rumah grandparents dia... Fuh, tiba2 aku rasa beban aku terlepas sedikit, so, aku mandi la puas2 kat situ sampai berbaldi-baldi air aku takungkan, haha... Akhirnya dapat juga aku cuci baju aku yang dah seminggu tak cuci, opppssss....

Ohhhhhhhh, derita nya tak ada air.. mau balik miri bha... huhu

Saturday, July 11, 2009

Physics? Urrrrr…

Honestly, aku tak suka physics. Aku hari nie hampir putus asa dan menangis coz tak dapat jawab soalan tutorial. Errrrr, kalau boleh, aku nak sangat drop subjek Physics. Why? Why? Kenapa physics harus muncul lagi dalam hidupku? Huhuhu…..

Air oh air…

Huhu, 2 minggu dah tak ada air, ada pun cuma sekejap je. Hari nie, sampai petang tak ada air. Aku yang tinggal di blok C terpaksa berhijrah ke Blok A untuk cari air. OMG, nasib la my friend, miss Charmaine nak tolong. Kalau tak, malu siot nak lalu depan Cafeteria dengan hanya sehelai tuala, uuuuuu…. Btw, hari nie aku, Eve dan Maine pegi gathering sama2… Cari air punya pasal, aku tak sempat pun nak makan malam. So, terpaksa lah aku berlapar sampai gathering tamat. Bila pi koperasi, tutup lak.. Duhh, lapar2, dah la aku kurus, stay lagi kat tingkat 4. Bertambah malang bila mesin air pun stuck, alahai, nak minum air pun tak dapat, apatah lagi makan. Nasib la ada sikit lagi stok air dalam bilik, so terpaksa la mengalas kan perut dengan roti and milo jerr.. Aku dulu ingatkan sampai Labuan nak gemuk, kalo macam nie lah selalu, alamatnya aku akan jadi cam lidi larrr, kurus kering cam ikan kering… Huhu… Aku nak gemuk bha, sapa2 da lemak bleh dermakan tak? :(

Miss Form 6..

Bangun pagi2, tangan aku lantas mencapai buku latihan maths form 6 dan menyelak setiap muka surat. Duh, banyak juga latihan yang aku dah buat, tapi satu pun cikgu belum semak. Huhu, rindunye ngan form 6. Aku teringat lak ngan Charis yang selalu ajar aku maths. Thanks Charis. Kat sini kitaorang tak belajar benda yang sesusah form 6, tapi susah itu lah yang buat aku jatuh cinta pada maths form 6. Dulu, aku hampir2 nak give up hanya disebabkan soalan Logarithms, hmmm…

Semalam hati aku agak terguris apabila pensyarah cakap ‘kalau kamu tak dapat nak handle matrixx sekarang, lebih baik kamu apply poli, ambik diploma atau masuk form 6’… Duh2, aku genggam buku lali aku sekuat hati, eiseh, bukannya aku nak tumbuk orang, cuma aku bertekad untuk buat betul2 kali nie. Aku tak nak bertukar haluan lagi, aku tak nak berpatah balik, jalan ini yang aku pilih, so, aku patut teruskan walaupun ia berliku. Aku akui jalan yang aku tempuh nie agak berisiko, mana tak nya, kalau aku tak lulus, memang terbuang la aku kat lautan dalam, haizz.. matrix mana ada sijil cam STPM kan, kalo nak apply keja guna sijil matrixx bukan laku pun. So, sebagai back up aku decide nak apply maktab sekali lagi, walaupun aku tak minat, huhu..

Aku dah tetapkan arah tuju,so aku kena plan, plan dan plan betul2. Akhir2 nie perangai bertangguh aku datang lagi, so aku kena buang2 jauh2 perangai camtu… and my new motto for now is, ‘go go 4 flatss’.. ahakxx… wish me luck ahhhh….