Saturday, June 27, 2009

Dear diary...


Pemandangan dari bilikku.. huhu


Hey. aku di tempat kan di tingkat 4 beb... Walaupun penat naik tangga, tapi aku suka coz aku rasa lebih selesa dan sejuk di atas.. Suasana pun tak sibuk, pemandangan pun menyenangkan jerr.. hehe...

Diary --> week 2 in KML.

23 June 2009

Hmmm.. Hari nie genap hari pertama aku akan hadir ke kuliah. Whoa, kitaorang sume masuk bilik tutorial mengikut kumpulan masing2. Aku ditempatkan di kumpulan B1T5 di mana tiada langsung manusia yang aku kenal kat situ, tapi kenal muka adalah. hehe.. Kelas pertama aku adalah kelas english language, di mana kami diwajibkan oleh pensyarah untuk speak english only. Haiz, gagap rasa nak keluarkan loghat english aku yang weird nie, huhu.. Al maklum lah tak expert dalam speaking kan. Btw, cam biasa kitaorang disuruh buat ice-breaking. Weii, siap tanya lagi setiap seorang, 'do u have gf/bf?' alamak, kantoi! Most students ngaku diaorang ada gerek beb, aku? huhu.. single-mingle tak ada orang nak... Cehhh, tak kisah la.. IDC.. hehe...

Habis je kelas, kitaorang ada rehat 2 jam sementara tunggu kelas yang seterusnya iaitu kelas Chemistry. Duhhh, tiba-tiba aku rasa lemah apabila berjalan menuju ke kafeteria. Bila dah sampai depan kafe, aku rasa pandangan aku mula kabur dan aku hampir-hampir nak pengsan.. Hmm, nie citer benar ye tuan2 dan puan2, huhuhu... Pengalaman yang tak akan aku lupakan iaitu pengalaman hampir pengsan coz nie first time aku alaminya. Sebelum nie aku sihat walafiat je, sakit pun sekadar sakit biasa2, belum ada rekod pengsan or pitam lagi. Perasaan nak pengsan tu seperti ada sesuatu yang nak mengambil semangat kita daripada badan kita, hmmmm. Nasib la aku tak sempat pengsan, malu siot kalau pengsan, aku tak nak jadi berita sensasi beb. Da sorang budak dari Miri n Sabahan sempat papah aku sebelum aku jatuh, duhh, thankx a lot dear. Kalau tak ada korang, maybe aku dah 'mati' katak dah.. huhu... Diaorang dengan baik hati hantar aku ke bilik aku.. Tiba2 rasa sayu coz tak ada family yang dapat jaga aku, semua aku kena lalui sendiri, huhu... Pas aku rasa ok sikit, aku terus ke pejabat penyelia untuk minta skip kuliah. TERPAKSA. Aku betul2 tak larat lagi.

Betapa aku menghargai pengalaman seperti ini. Walaupun ia hanya perkara kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi aku, ia merupakan pengajaran yang sangat bererti. Betapa aku kena berdiri pada kaki sendiri di sini. Apa2 pun, I will survive in KML yeah!!! :)

24 June 2009

Masuk totorial lagi, penuh semangat. Bio oh Bio, my favorite subject. Pensyarah belum lagi mula mengajar, just bagi introduction and guide camne nak study dengan betul. Masa kedua, Mathematics! Pensyarah suruh kitaorang sebut keputusan maths dan add math. Fuh!! Majoriti dapat 7 untuk add maths, hmmmm... No comments, lidah hanya terkelu membisu, aku ingat aku yang paling teruk. Tak kisah la, keputusan SPM bukan lagi ukuran kini, biarkanlah ia menjadi sejarah..

Pagi. Aku hepi aku dapat kawan yang aku boleh jadikan kawan. Dia okay, tapi baru kenal kan, tak boleh la nak percaya orang sangat... Huhuhu.... Susah nya nak cari kawan sejati kat sini... :(

...........

25 June 2009

Pedih? entah, perlukah aku bersedih? Huh, cinta? aku tak rasa itu ialah cinta.. Pergi lah menjauh, aku tak perlukan cinta yang buta. :p

27 June 2009

Hari ini sangat berbeza dengan hari2 lain. Selalunya aku pergi kuliah sama2 dengan Tia (rakan sekelas sejak form 4)... Hari nie seperti kami membawa haluan masing2, seperti dirancang je. Dari lah pagi sampai ke malam... Rupa2 nya memang itu lah yang bakal terjadi selepas nie, sebab Tia decide nak pergi institut perguruan. Aku pada mula nya pun agak tekejut, coz sebelum nie dia yakin yang dia nak stay di matrix. Aku terima keputusan dia dengan hati terbuka, walaupun deep inside, aduhhh, sakit gak, hanya Tuhan yang tahu. Tapi aku sedaya-upaya untuk tidak lemah semangat. Ini lah cabaran yang perlu aku terima, aku kena selamatkan diri aku sendiri sejak aku terdampar di pulau Labuan yang terpencil ini, hehe... Kadang2 aku rasa aku nie macam Robinson Crusoe, cam dok sorang2 je kat pulau tanpa teman... Ahhhh, aku gembira coz aku dapat kawan baru, at least dia nak belajar sama2 dengan aku dan dia seperti ada semangat nak belajar.. Kawan yang camtu la yang aku cari... Aku harap kitaorang boleh stick together walaupun bukan roomate, coz aku rasa ada keserasian antara kami... hmmm, Hope so... hehe... Aku juga dapat tahu Nana dapat institut perguruan, congratsss... Cikgu Nana dan cikgu Tia... harap2 aku juga akan dapat capai impian aku di sini. Amen.

28 June 2009

Ahad. Aku bangun lagi dengan hati yang sedih dan muka yang muram. Ah! Aku teringat dengan apa yaNg Tia cakap semalam tentang pro dan kontra matrixxx... Huh, aku jadi kureng semangat bila dengar, seolah-olah susah sangat nak capai impian di matrixx.. sedikit sebanyak aku perlukan semangat baru kini... Semangat baru, teman baru... So, hari nie aku plan untuk pergi church sorang2, jalan pasar Labuan sorang2 dan aku nak cuba, adakah aku boleh syok sendiri, jalan shopping complex sorang2 cam aku buat kat Miri... Aku nak uji daya tahan mental dan tahap kepedulian aku pada orang di sekeliling aku di sini. huhu.. Tia akhir nya akan pergi dari sini.. Aku ingatkan dia akan sama2 kejar impian di sini dengan aku. Hmmm, mungkin itu semua rezeki dia kan. Lagipun aku bukan kawan yang baik, so, aku harap dia akan jumpa seorang kawan yang lebih baik di sana nanti. I gotta go my own way.....huhuhu...


'hmmmm, hidup tak semudah yang disangka..'

Saturday, June 20, 2009

in love with KML?

Tup tap tup tap, seminggu daa aku kat KML sebagai pelajar PDT (program dua tahun) yang terhormat. Banyak perkara kat sini menyedarkan aku tentang kehidupan. Dan yang paling penting kena sentiasa berfikiran positif, rasional dan tahan dengan cakap2 orang. IDC, aku tak nak peduli apa orang nak cakap, aku kena tabah, berani dan sentiasa pandang ke depan, fuhh, prinsip baru beb... hehe. Apa2 pun, aku hepi coz kat sini ada gathering untuk RC, semalam aku join, hmm, not bad... best jugak... Ok, dats all laahh... tak dapat selalu blogging lagi pas nie, coz aku akan mula kuliah esok.. OMG, wish me luck... bye.. ;p

Sunday, June 14, 2009

I'm gone..

Aku rasa cam takde mood nak pegi, mungkin aku sedih untuk tinggal kan bandar yang aku sayangi sangat nie. Tak sampai setahun pun aku di sini… Hmmm, sedih. Ada perasaan yang buat aku malas nak pegi, tapi aku kena juga pegi demi diri aku sendiri. Ah, payah! Aku sebenarnya takut nak hidup berdikari, tapi aku akan cuba. Ini pertama kali aku akan stay di asrama… Jauh dari keluarga, jauh dari mak, huhu, aku akan rindukan mak, rasa nak nangis plak.. huhu… emo2… Harap aku dapat biasakan diri kat sana… Wish me luck.. amen..

Btw, hari nie Claudia bawa aku, Charis and Grace jalan-jalan. Sedikit sebanyak dapat juga aku luangkan masa dengan kawan-kawan sebelum aku pergi. Mungkin lepas nie jarang jumpa, huhu, sedih aku.. Tapi aku harap kitaorang still boleh jadi kawan walaupun kita tak satu kolej lagi, kan2? I hope so.. And tak lupa to Glo and Sheila, thanks for everything.. To Sheila, saya janji takkan lupakan kamu.. k? To Glo, I will always miss u… and kepada Wyn, harap awak hepi belajar kat Curtin.. Miss U all….

Huhu..
Sebelum pergi, aku nak tujukan lagu nie untuk semua orang yang aku sayang… esp my mum...don’t forget to remember me… :_(




Don't Forget To Remember Me
Carrie Underwood


18 years have come and gone
For momma they flew by
But for me they drug on and on
We were loadin' up that Chevy
Both tryin' not to cry
Momma kept on talkin'
Puttin' off good-bye
Then she took my hand and said
Baby don't forget

Before you hit the highway
You better stop for gas
And there's a 50 in the ashtray
In case you run short on cash
Here's a map and here's a bible
If you ever lose your way

Just one more thing before you leave
Don't forget to remember me

This downtown apartment sure makes me miss home
and those bills there on the counter
keep telling me I'm on my own
And just like every Sunday I call momma up last night
And even when it's not, I tell her everything's alright
Before we hung up I said
Hey momma, don't forget

To tell my baby sister
I'll see her in the fall
And tell mee-maw that I miss her
Yeah, I should give her a call
And make sure you tell Daddy
That I'm still his little girl
Yeah I still feel like I'm where I'm supposed to be
Don't forget to remember me

Tonight I find myself kneeling by my bed to pray
I haven't done this in a while
So I don't know what to say but
Lord I feel so small sometimes in this big old place
Yeah I know there's more important things, but
Don't forget to remember me
Don't forget to remember me

Thursday, June 11, 2009

untitled.....

Bangun pagi. Hari yang indah, cerah, tiada cela.

Aku ngan mak keluar jalan-jalan. Time tengok-tengok baju, terserempak lak dengan seseorang yang tak dikenali yang tiba-tiba tanya umur aku, hehe.. Mak aku jawab la, 18 syg… HA?? Kecik juak badan… huhu… ye ke? Whatever laaa… Janji aku sihat walafiat.. hmm.. Sihat? Tak juga, aku rasa sakit sangat hari nie.. Ingat pas makan ubat makin bagus, mana ada, makin teruk lagi ada laaa… Ngantuk sampai ke malam aku tido.. huhu… tak ingat dunia wo..

Surat tawaran matrik dah sampai.. Tak excited bila tengok tak ada cuti bulan 12.. No Christmas, No pengilan2… huhu… sedih aku… aku nak balik kampung bha.. bagi la aku cuti masa tu, huhuhu….

Tuesday, June 9, 2009

Lelong kucing.. :p

HEY.. kucing aku dah ------ lar... sapa nak sila contact aku a.s.a.p... free delivery..haha... LOL


3 hitam + 2 mixx kaler (purple mixx pink haha lol)= 5 ekor sume nyaa.. haaaa

Bimbang..

Bimbang, sedih, resah... Itu yang aku rasa... Ingin aku berdiri di satu sudut dan menjerit sekuat hati... Aku rindu angin pantai yang selalu membelai aku dahulu.. Rindu.



Bimbang
by Melly

Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam tlah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan
Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

c/o Pejamkan mata bila kuingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada disatu persimpangan jalan yang sulit kupilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tak mengapa namun ada yang hilang separuh diriku

Lagu ini.. hmm, macam aku je lagu nie.. huhu

Thursday, June 4, 2009

Confused 2...


OMG, jauh di sudut hatiku, aku ingin pergi ke sana. Tapi aku takut aku salah membuat pilihan. Aku takut dan aku binggung. Homework pun aku tak ada mood nak buat sekarang. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost

Confused..



Tido petang lagi. Itu la HOBI aku. Aku bangun dengan perasaan yang bercampur baur. Aku tak nak hati aku sedih hanya kerana dia. Tidak.

Sejak bulan lepas lagi aku sudah putus asa dengan matrixx. Aku terus berharap pada tingkatan 6, dan aku stick pada tingkatan 6. Malah bila orang tanya, aku dengan yakinnya berkata bahawa aku akan terus stay dalam tingkatan 6.

Aku baru online dan tiba-tiba terlintas untuk membuka website pendidikan untuk check perkembangan terbaru kat situ. Hmmm, ‘tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi 2 tahun’, ok, aku klik. Aku tak mengharap apa-apa untuk yang ini, sebab aku dah putus harapan dengan matrik. Padahal sejak tahun lepas, aku paling harap nak masuk matrik, sampai-sampai syarat kemasukan matrik pun aku lekat pada dinding, jadi reminder aku untuk belajar. Even tak dapat program satu tahun pun, aku berharap aku dapat untuk program dua tahun.

Huh.Entah, sekali lagi perasaan aku bercampur-baur. ‘Tahniah!’ Perkataan tahniah yang buat aku keliru. Tidak lagi seperti beberapa bulan yang lalu, ketika aku masih penuh dengan harapan mengharap perkataan ‘Tahniah’ itu akan muncul pada skrin komputer, kini ia seakan-akan racun dalam hatiku.

Monday, June 1, 2009

Kronologi Peristiwa..

Aku selalu harap aku nie halimunan bila balik rumah, harap tak ada orang dalam rumah akan nampak aku. Dengan itu aku boleh buat keja dengan tenang tanpa gangguan, dan aku boleh kunci pintu bila-bila masa saja aku mau. Tak ada orang paksa aku makan, tak ada orang marah aku kerana benda remeh. Aku ada ruang sendiri. Aku hepi, aku tenang, dan aku gembira. Tak apalah, bukan selama-lamanya pun aku di sini. Aku akan cuba bertahan.. Apa lah hidup tanpa cabaran kan?

Dalam beberapa hari nie, banyak benda yang berlaku.

Ahad, 31 Mei.

Pagi.

Aku pergi church seperti biasa, hehe. Kul 8 lebih aku join SIB coz bapak aku suruh, ikut je lah, dah orang suruh pergi kan. Hmm, nothing much to say, aku blur dan tak serius pun masa kat church. Btw, aku jumpa Grace Sara kat church, tak sangka boleh jumpa dia kat situ, hehe…

Then, lepas balik dari church SIB, aku pergi St. Joseph. Aku tak plan pun nak pergi situ tapi tiba-tiba hati ini terpanggil untuk join Youth Mass. Wow, nie lah first time aku join Youth Mass kat St. Jo, and I really like it…

Petang.

Balik dari St. Jo, aku ambik bus Lutong and plan untuk berhenti kat Boulevard coz mak aku nak ambik aku kat situ. Aku agak kesal dengan cara pemandu bus yang rude, ada ke patut dia jalan terus sedangkan masih ada orang yang beratur untuk menaiki bus dia? Dah la pandu laju-laju, ingat aku nie bernyawa 9 ke.. haha.. Lantak dia lah…

Aku sampai di Boulevard dengan lega, fuh… Then mak ambik aku dan bawa aku jalan-jalan, dah tu balik rumah dia. Sampai rumah, aku berlatih karaoke, coz aku dapat masuk final untuk pertandingan karaoke kat Bekenu, hehe.

Malam.

Ready untuk pertandingan karaoke. Kitaorang sampai Bekenu before 8. Mak aku peserta pertama untuk lagu-lagu 60-an, haha, nervous la dia.. Yang masuk final untuk kategori bebas ada 7 orang, dan salah seorangnya ialah aku. Aku takut juga kalau juri tu pilih kasih (cam si Melissa Francis :p), tapi mak aku kata’ jangan risau’…

Sampai giliran aku, aku naik pentas dengan perasaan kurang yakin.. Persembahan aku, aku sifatkan sebagai tidak sempurna kerana masih ada kekurangan. Tapi aku cuba bagi yang terbaik.Peserta yang bersaing dengan aku kira-kira 30 tahun ke atas, most of them are veteran.

Hampir-hampir nak dekat pukul 11, keputusan nak diumumkan, aku berdebar-debar juga, tapi dalam masa yang sama tak nak mengharap sangat…. Semua peserta yang menduduki tempat ke 7 hingga ke 4 sudah diumum kan.. hmmm, nama aku? Aku tunggu dan tunggu. Akhirnya, aku diumumkan sebagai juara. Yahoo, hepi nyer… Aku jadikan kejayaan ini sebagai pendorong, tapi aku tak nak terlibat aktif lagi dengan benda-benda macam nie, seboleh-bolehnya, coz nak concentrate dengan benda yang lebih penting. ‘pentingkan apa yang lebih penting’… ahakxxx


Isnin, 1 Jun

Pagi.

Gawai day. For the first time, mak nak bawa aku pergi bergawai kat rumah panjang. Kitaorang pergi sampai 4 buah kereta sekali serang rumah tu, haha.(Apuuu, mayuh amai….) Tak apa, rumah panjang kan panjang, mesti banyak ruang kan, hehe. Kitaorang bergawai di salah sebuah rumah panjang di area Beluru, dan masa tu tengah hari, panas tol…


Senyum kambeng.. mbek...



Suasana heboh kat rumah panjang, hehe



Don't try THIS alone!!


Duh, tak sampai setengah jam aku dah boring, mana tak nya, panas. Dah tu tak ada orang yang aku kenal kat situ. Orang suruh makan pun aku tak lalu, eksen.. haha… So, aku jalan-jalan di kawasan sekitar untuk membuang rasa boring sambil ambik gambar sendiri. Haha, sempat juga aku bergambar ngan budak-budak iban kat situ, cute…



aku dah tak tahan duduk lama-lama kat rumah orang, so, aku ajak la mak aku balik cepat. Then, mak aku plan untuk pergi ke rumah nenek sepupu aku. Sampai je rumah diaorang, aku serbu dapur, haha.. Lapar bha… Btw, aku hepi coz dapat jumpa sepupu aku yang hensem tu (ceh.. hehe), dan sepupu aku yang cute dan eksen macam aku, hehe.. Pas gawai rumah diaorang, kitaorang terus balik Miri.. yeah!!


Kevin, my cousin..



Eksen nye.. (my cousin, Kathleen)


Malam

Aku ajak adik aku pegi keluar makan sama-sama , and pas tu kitaorang pergi Fun Fair. Hmm, boring la… Buat pening kepala je tempat tu, tak suka lahh.. Aku hanya jadi pemerhati setia coz bila aku tengok benda tu berpusing pun aku dah pening, rasa mual.. haizz… hehe…

===the end===