Thursday, May 28, 2009

take a deep breath..

Tengok balik post2 aku yang sebelumnya, aku rasa, haizz.. Ntah apa2 la blog aku nie... Terlintas rasa nak delete post2 tu.. huhu...

Hari nie cikgu MUET masuk kelas aku for the second time, and dia kata MUET susah.. Okay, tak ada benda yang senang kalau nak senang. Tak ada benda yang susah kalau nak susah, haih...

Aku berjanji pada diri aku sendiri, 'I want to improve my english'... :_(

Friday, May 22, 2009

Keliru..


Aku tak tahu sampai bila aku akan bertahan. Belum lagi aku melakukan kesalahan besar, ini baru yang kecil dan remeh-temeh pada mata aku. Entah, susah dan rimasnya hidup tinggal sebumbung dengan orang yang kadang-kadang tak tau berfikir secara rasional dan terbuka. Aku sabar, sabar dan sabar. Sedaya-upaya aku tahan dengan segala kerenahnya, mengikut katanya, mengikut peraturannya, tapi apakan daya aku, aku remaja, remaja yang ada pendapat sendiri dalam sesetengah perkara, aku bukan robot yang senang diarah-arah dan dimarah-marah sesuka hati. Aku manusia yang punya hati, hati yang cukup-cukup sensitif dan mudah terusik. Janganlah sakiti aku, janganlah buat aku menangis lagi. Aku benci dimarah-marah, aku benci dipaksa-paksa. Selama nie aku buat perkara yang aku tak suka gara-gara disuruhnya, demi menyenangkan hatinya, tapi pernahkah dia menyenangkan hati aku? Ya, pernah, tapi jarang-jarang.

Huh, semalam semua rancangan aku nak siapkan Maths, dan revise Bio tergendala. Macam mana aku nak buat kerja kalau hati tak tenang? Even aku nak kunci pintu dalam bilik pun dimarah, sedangkan aku kunci bilik supaya aku dapat lebih menumpukan perhatian ketika study, takkan perkara macam nie pun dia tak faham? Ada terlintas untuk aku pindah dan just stay kat hostel sekolah, tapi… Entahlah, aku masih tak berdaya, aku keliru… :_(

Thursday, May 21, 2009

Tiada tajuk



Huh, beberapa hari nie aku agak sibuk, nak online pun sekejap je, tak boleh nak lama-lama. Btw, aku hepi ngan hidup camnie. Masa aku kebanyakannya lebih tertumpu pada hal-hal sekolah, dan aku gembira coz kawan-kawan di sekeliling aku sangat-sangat helpful and supportive, esp dalam study. Thankx yach!

Aku tau hari tak selalunya indah, cuaca pun tak selalunya cerah, aku harap tiada apa yang akan dapat melemahkan semangat aku untuk meneruskan perjalanan yang penuh onak dan duri ini…

p/s: aku dapat lupakan seseorang.. yezaaa... akhirnya!! hehe

Monday, May 18, 2009

Maths....

Pagi nie, aku tiba-tiba rasa fed up dengan maths.. Huh.. Aku tak tau nak cakap apa lagi, otak aku berserabut dengan soalan-soalan logarithms yang dulunya aku lebih suka tinggalkan kosong dalam ujian. Huh, dari dulu lagi aku memang blur dengan topik nie dan ia bukan favorite aku.. Ya, ya, ya… nothing impossible, tapi aku pening laa, Log Log, kenapa kau mesti wujud lagi dalam hidupku lagi? Huhu…

Jiwang jap.. ceh.. hehe..


Log, mengapa?
Mengapa kau hadir kembali?
Setelah lama menyepi, kini kau datang lagi,
Memberi ruang, memberi waktu,
Untukku lebih memahamimu..
Tapi, mengapa mesti engkau?
Sedangkan aku lebih mendambakan yang lain…
Log, ku harap kau pergi.. dari hidupku
Namun jauh di sudut hati ini,
Ku masih memerlukan mu..
Oh Log…
…haizz

Friday, May 15, 2009

Hey Chole, wake up!

Aku akui aku masih tido. (ha?) Aku tau aku masih lagi terkapai-kapai di takuk yang lama. Aku masih seperti dulu; kadang-kadang terlampau merendah diri, kurang keyakinan, kadang-kadang tidak tau bersyukur, malas, suka menangguh kerja, dan paling penting banyak sangat negative charge dalam otak.. Kadang-kadang juga, aku tak tau macam mana nak mengawal kemarahan aku, aku terlalu emosional (bukan emo), terlalu sensitif dan mudah sangat kecil hati. Oh tidak, aku rasa aku patut berubah, hidup begini langsung tak bererti. Aku ingin menjadi seorang yang lebih ceria, suka ketawa, seorang yang tahu menghargai hidup, dan sabar menghadapi dugaan serta cabaran yang mendatang. Tidak kira ia seperit apa pun, aku ingin sekali tidak mudah mengalah.. Mesti ayat-ayat nie agak cliché’ untuk diucapkan, tapi itu lah perkataan yang selalu aku ucapkan, namun gagal aku laksanakan hingga kini.

..aku ingin berubah.

p/s: thankx to dis post. .. its mean a lot to me..



'Live Your Life To The Fullest'
huhu

Mahal banget..

Aku bukanlah orang glam, kaya dan berduit. Aku hanya orang biasa yang ingin kelihatan luar biasa. Ceh, ada-ada saja aku nie. Aku sebenarnya rimas ngan kedai dan boutique kat area Miri nie, ada yang jual baju dengan harga yang terlampau mahal dan tak reasonable.. Sedangkan ada yang rupanya tak setanding ngan harga, sampai boleh mencecah ratusan. Aku akui memang aku cerewet dan kedekut dalam berbelanja, kalau boleh aku nak beli benda yang nampak cantik, simple tapi harga murah dan berpatutan. Setakat nie, aku hanya jumpa kedai macam tu kat area pasar Miri dan sebuah kedai baju kat Boulevard (f.o.s pun ok jugak)… Lain-lain, huh, RM50 and above untuk baju yang simple, t-shirt biasa pun jual dalam harga rm39, hmmm… Lantak la orang nak cakap aku kedekut, memang aku kedekut pun.. haha.. Btw, some ‘online boutique’, harganya berpatutan… tapi hanya certain website je yang jual baju dengan harga ok, cam Cinderella Closets, Yaca Collection and Shalala Shopping. Aku suka survey harga baju kat situ coz aku boleh bandingkan harganya dengan harga baju di pasaran, tapi aku tak pernah beli pun haha..

Thursday, May 14, 2009

Let's get it started..

Hmm, yesterday punya post aku delete, coz aku merapu tak tentu pasal, nonsense...

Btw, hari nie hari kedua aku bergelar pelajar tingkatan 6. Memang diakui, hari pertama semalam aku rasa teramat kekok. Tambahan lagi dengan persekitaran dan orang-orang baru. Walau apa-apa pun, aku tetap kena bertahan. No pain, no gain maa.. Semalam aku betul-betul hampir putus asa (gara-gara maths), sampaikan aku ambil keputusan untuk ponteng sekolah hari nie... But thankxx mum, dia telah paksa aku sekeras-kerasnya supaya aku pergi sekolah, demi kebaikan aku.. terharunye...

Sekolah-sekolah lain rata-rata sedang sibuk menjalankan orientasi untuk pelajar tingkatan 6, namun, aku gembira coz cikgu kat sekolah aku tak teragak-agak untuk memulakan sesi pembelajaran.. Bagi aku, orientasi tu agak membuang masa, apatah lagi masa pengajian untuk tingkatan 6 amat singkat, ditambah lagi dengan lambakan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan, duhh.. Apa-apa aje lahh, merapu je keja aku nie.. hehe..

Semalam, aku dapat sms dari politeknik, dan aku terpilih untuk kursus diploma pengurusan perniagaan... Bagaimanapun, setelah difikirkan dari semalam, aku ambil keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut.. Aku tetap akan stay dalam form 6 coz cita-cita aku menjurus pada arah ini, not business management.. Dan sejujurnya, aku tidak yakin dengan kualiti politeknik.. entah lah... Bagi aku, benda yang susah untuk didapat lebih standard dari benda yang senang didapat.. get me? haha, again and again, great pain, great gain.. hmm.. (betul ke?).. whateverlahh.. ahakxx

Sunday, May 10, 2009

Byul, Stars etc...



OMG.. I really love dis song..
Ngam2 semalam mood aku betul-betul down..
Lagu nie sedikit sebanyak memberi aku ketenangan.. Byul--Kim A-Joong..

Hey byul,
Do u hear me?
Dulu masa aku lagi form 3, aku stay kat Dalat. Hmm, bestnye kat Dalat malam-malam, kat langit penuh dengan bintang (tak macam kat Miri), dan kadang-kadang aku akan bercakap sambil mendongak ke langit, meluahkan semua yang terbuku pada bintang, sebab dulu masa form 3, aku tak banyak kawan :(...




BYUL in english... Love the lyrics yay!



LOL!


200 Pounds beauty, always be my favorite...

Hey Byul.. I miss u...

Diary

dear diary,

Hari nie, aku spend time hang out with one of my bestie.. Rasa gembira coz dapat keluar ngan dia walaupun masa sangat-sangat singkat... hmm.. Esok dia akan berlepas ke Labuan, so maybe, kitaorang akan jarang jumpa.. huhu... Btw, thankx for everything Bob.. TTYS n TC!



Mother's day.. hmm.. Honestly aku blur dan tak tahu nak buat apa, dah kehabisan idea coz bagi aku sekadar hadiah tidak cukup buat hati seorang ibu merasa bahagia, hmmmm.......But my mum always be my very very best friend,...

thankxx mum!

Monday, May 4, 2009

Gimik AF.. lagi!


Mungkin masih tak terlambat untuk aku mengulas tentang konsert Akademi Fantasia yang lepas.. Konsert kali nie memang best, esp Hafiz and Claudia (i'm proud of them, hihi).. Yazid, aku tak sangka dia pandai berlakon, boleh tahan gak mamat tu.. Aku bukan lah peminat AF, dan aku lebih suka menjadi pemerhati, pengkritik dan membandingkan.. Aku lebih prefer OIAM daripada AF, honestly! Most of the time, aku tengok AF nie cam mengada-ngada, I mean not real dan ada yang dibuat-buat, fake. Cam konsert yang lepas bila principal Tiara mundar-mandir minta kebenaran pihak astro untuk 'AFundi Masuk' lepas dapat tahu Aishah dan Claudia terkeluar, huh, so much drama, saja nak buat suspen tu.. Apa-apa pun, aku tetap sokong Claudia (walaupun dah terkeluar) and Hafiz (harap Hafiz jadi juara!!!).. Chaiyok2...

............

Aku blur..
Aku sedih…
Aku tak tau nak pegi mana lagi..
I’m clueless..


kalo nampak aku buat camni, nie tandanya aku dah gila, so cepat-cepat call ambulan ya.. i'm serious..


TTYS.. :p