Wednesday, April 29, 2009

Untitled again...

Hari ini, aku gembira coz dapat buat orang lain ketawa. Walaupun ia hanya perkara yang remeh, tapi perasaan puas itu tak dapat digambarkan, aku rasa bahagia sangat bila dapat menyenangkan orang-orang di sekeliling aku.. Btw, for the first time, hari nie aku belajar parking S (entah betul tak aku sebut nie, huhu)… Mula-mula macam susah tapi bila fokus betul-betul, tak lar susah sangat. Hepi la bila dapat belajar perkara baru.. hihihi…

Tuesday, April 28, 2009

So plastic!

Duh, aku baru bangun tido, tiba-tiba aku da mood plak nak online. Oleh kerana aku asyik teringatkan Kwan Sang Woo (ceh! Haha), so aku search la tentang dia. Last-last aku terdampar di sebuah web entertainment Korea. So, aku bacalah beberapa artikel tentang artis Korea yang buat plastic surgery, boleh tahan banyak gak artis Korea yang buat plastic surgery erk (kat Malaysia pun apa kurang nya. Hehe)… Dan yang paling aku tak sangka, salah seorang pelakon seksi Kim A-Joong, yang merupakan pelakon utama dalam filem 200 Pounds Beauty, juga buat plastic surgery yang maybe agak ekstrem coz banyak bahagian muka dia yang tak sama ngan muka asal… Neway, muka dia sebelum plastic surgery lebih cute dan chubby gitu, ahakx.


Kim A-Joong before and after, banyak sangat perbezaan kan?


Celeb Korea lain yang buat plastic surgery... Gambar2 diambik dari website Pop Seoul



Yang nie plak ketara wat hidung.. huhu



Park Shiyeon..


Sebenarnya aku pernah ada keinginan nak buat plastic surgery (esp dagu), tapi entahlah, kalau buat macam tu, aku seolah-olah mengubah ciptaan Tuhan dan nampak tak bersyukur je.. Blur, ia maybe hanya tinggal impian, huhuhu… hmm, kalau pasang braces tu berdosa tak? Entah.




Kos buat pembedahan plastik..


psst... Sebenarnya aku pun buat pembedahan plastik.. hehe..



Me, before and after...pembedahan mata.. haha



Well,well, well, JUST KIDDING..
Aku natural ok!!.. no plastic2.. ahakxx



Sunday, April 26, 2009

Weekends

Hujung mingguku tiada yang menggembirakan, aku tetap saja menjalankan tugas setiaku sebagai 'tiang lampu' di tepi pantai... huhu

1,2,3.. bye bye Matahariku..




Bila lah aku nak letak jawatan jadi 'tiang lampu' erk? Entah la...


Saturday, April 25, 2009

Aku lebih tahu

Aku memang ada keinginan nak masuk form 6, tapi yang paling leceh ialah aku terpaksa stay kat rumah. So much drama! Takkan aku nak ‘lari’ lagi seperti yang pernah aku buat 4 tahun yang lepas? Hanya kerana sedikit cabaran, patutkah aku lari dari cabaran itu? Entah, aku percaya setiap orang ada limit tersendiri, kadang-kadang bila jiwa dah terlalu tertekan dengan kongkongan di rumah, lama-lama pun boleh gila. Oh, hanya Nicole yang tahu.. huhu.. Matrikulasi 2 tahun? Entah la.. kalau dapat kan best?.. huhu

Form 6?

'You may choose STPM or local matriculation if you're not sure which course you want yet. Both of this will allow you to continue your study in Public University. (STPM is recognised worldwide)'


hmmmm, rasa-rasa cam statement nie ngam sangat untuk aku yang tengah blur tentang cita-cita dan minat aku... what do u think?

Apa lagi erk? Aku selalu tertanya-tanya, bila results form 6 keluar and bila nak start sekolah?? Duh, entah infomation nie betul ke tak hmmm... tapi layan je lahh..


Kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2009

Keputusan pelajar yang layak ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2009 dapat diketahui melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my mulai 6hb Mei 2009.

Surat tawaran boleh dicetak secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my.

Borang rayuan masuk Tingkatan Enam Bawah juga boleh dimuat turun(download).



*copy dis from dr. job forum..

Thursday, April 23, 2009

Entah nak letak tajuk apa..

Hal kecil pun nak marah, nie lar yang paling aku tak suka nie…aku bukan cakap pasal kau pun, aku cakap pasal orang lain, bukan kau.. huhu... lantak larr..

*sesi lepas geram dah tamat, jom rileks.. hehe..


Duh, bangun pagi-pagi dah kena tegur pasal aku bangun lambat.. oh, padan la dengan muka aku coz aku semalam tido pukul 4 pagi, thankx 2 Bob coz sudi ym ngan aku.. Pas nie, entah bila kita boleh jumpa lagi kan Bob? Huhu..

Apa lagi erk?? Hari nie aku dapat tau kucing aku pregnant.. kuang2.. congrats hehe…


Macam lagak queen plak kucing aku nie, nyampah aku tgk, hahaha




Tv mania..

Cam biasa, tak ada yang special pun yang terjadi dalam hidup aku hari nie. Dan seperti biasa juga, aku menghadap tv je dari pagi sampai ke petang. Huh, entah sampai bila semua nie akan berakhir, bosan2.. Nasib lah ada citer best kat TV, kalau tak, aku tak tahu la apa yang akan jadi pada aku, kot2 aku akan jadi gila... huhu... Hari nie rutin aku sedikit berubah coz lepas menonton sinetron, aku sambung tengok telenovela coz hari nie ada telenovela baru yang kuar kat tv3.. tengok trailer dier cam best, so aku tak lepaskan peluang nak menonton..



Telenovela nie tajuknya Lalola, citer nie tentang seorang lelaki, Lalo Padilla yang menjawat jawatan ketua editor di sebuah syarikat penerbitan majalah 'Don'.. Oleh kerana Lola telah mempermainkan perasaan kekasihnya, Romina, lalu kekasihnya itu akhirnya mengupah seorang ahli sihir untuk mengubah Lalo menjadi seorang wanita sebagai tanda membalas dendam atas perbuatan Lalo terhadapnya.

*keep watching

Wednesday, April 22, 2009

Plan A-Z

Hmm, sekali lagi permohonan aku di reject, kali ini daripada institut perguruan.. Apa-apa pun, aku tetap tabah, ini memang wajar terjadi kepada pelajar yang dapat results yang tak berapa macam aku nie, huhu.. Aku akui melambak lagi students kat Malaysia dapat results yang lebih bagus dari aku, so, tak hairan lah nanti, kalau Politeknik pun kot2 aku susah nak dapat.. Btw, aku ada terfikir nak sambung belajar di IPTS, tapi entah lah, aku sejujurnya belum bersedia dengan kehidupan di kolej, maksud aku, aku belum bersedia menghadapi ‘dunia sebenar’.. Aku rasa aku masih terlalu kerdil untuk menghadapi itu semua, tambahan lagi dengan ilmu dalam kepala aku yang semakin hari semakin menghilang nie, aku tak pasti kalau aku punya semangat yang cukup untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.. Aku bertekad, aku ingin mulakan sekali lagi dari bawah. Aku rasakan apa yang aku buat masa SPM belum cukup memberi aku kepuasan, sejujurnya aku tak puas hati langsung dengan apa yang aku dapat. So, aku harap, aku akan dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, aku ingin berusaha lagi, sebab aku belum cukup bagus untuk ke kolej… Itu saja harapan aku lagi… Aku harap ia akan tercapai..

*doa-in gue yach! amen..

Tuesday, April 21, 2009

Hidup aku...

Akhir-akhir nie, aku sedar aku buat benda yang sama je tiap-tiap hari.. Rindu nya pada alam persekolahan.. Fuhh..

Nie lah yang aku buat sejak beberapa hari yang lalu...

Pagi biasanya aku bangun antara pukul 9-11 pagi..
Dah tu, pas bangun aku terus dok depan tv, tujuan nye untuk membesarkan mata yang sarat dengan tahi mata.. huhu..
pastu perkara wajib, aku mesti pi mandi..
dah tu aku akan standby depan tv sebelum pukul 12, soalnya aku nak tengok citer Impostora kat TV9.. hehe
Aku lunch depan tv, dah tu aku tido balik pukul 3.30 pm pas tengok sinetron..
Aku tido, tido, dan tido...
Kira-kira kul 6 aku bangun dan mandi..
Dah tu kul 6.30pm aku layan citer melayu kat tv3...
Kul 9 aku mula online...
....Selalunya aku online sampai pukul 2.. then, baru lah aku tido.. gud nite!!

ohhhh... ini lah hidup aku... boring kan??

Thursday, April 16, 2009

Duh!

KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KPM

Dukacita dimaklumkan, anda tidak berjaya.

Fuh, bila dapat jawapan nie, menggeletar satu badan, entah. Sedikit sebanyak aku rasa kecewa, walaupun dah dijangka. Nak menangis pun tak berair mata, buat apa? Mungkin bukan nasib aku kan? Anyway, kepada kawan-kawan aku yang dapat matrik tu, hargailah peluang tu, jangan di sia-siakan k? coz aku percaya ramai lagi yang nak sangat berada di tempat korang, termasuk aku... huhuhu... :_(

Matrik oh matrik...

Ada sedikit debaran yang terasa sambil menunggu hari esok.. Mana tak nya, esok keputusan permohonan matrikulasi akan keluar.. Aku dapat rasakan peluang aku untuk dapat matrik agak tipis kerana aku bersaing dengan ramai lagi top-top students dari sekolah lain, walaupun aku sudah memenuhi syarat minimum dalam keputusan spm, hehe.. Seperti biasa, aku tak meletakkan harapan yang tinggi kepada 'matrikulasi'.. aku rasa ramai lagi yang lebih layak, tapi secara jujur aku nak sangat masuk matrik.. duhhh, salah aku coz tak belajar betul2 sebelum SPM tahun lepas, padan muka aku, huhu.. So, kalau aku tak dapat masuk matrik, aku plan nak ambik Form 6 je kalau dapat tawaran.. Maktab lak, aku rasa persaingan juga cukup hebat, so, aku tak meletakkan harapan yang tinggi, lagi pula, aku tak berapa berminat nak jadi guru.. hmmmm... kalau politeknik plak, aku tak tau lah, honestly tak ada course yang aku minat kat situ, hari tu pun saja apply... then, UPU, aku dah cukup kecewa coz tak dapat temuduga dari UPSI, so, I guess, aku takkan dapat UPU.. Anyway, aku tetap bersemangat nak sambung belajar, aku tak nak mengulangi kesilapan yang aku pernah buat masa SPM hari tu, NO, NO, NO... menyesal sangat tak study betul-betul, duhhhh...



'The Climb', lagu daripada Miley Cyrus nie banyak bagi aku semangat... Love the lyrics so much... Ia bukan bererti aku gagal jika aku tak dapat masuk matrik, aku percaya masih ada peluang lain yang lebih baik... yezaaaaa! :-)


Part of the lyrics that I love the most...

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Wednesday, April 15, 2009

Aku tak percaya cinta..?



‘aku akan sentiasa bersama kmu sampai bila2’

Tergelak kecil aku bila mendapat mesej nie daripada seseorang… Bukannya aku gembira atau rasa bahagia mendengar kalimah itu, sebaliknya aku rasa ayat-ayat seperti itu agak mengarut, terutamanya untuk aku yang masih muda, 18 tahun. Hmmm.. ‘sampai bila-bila?’ duhhh… ok dear, we will see sampai bila k?… buat masa nie, ‘Aku tak Percaya Cinta’… yeah!!

Lirik Aku Tak Percaya Cinta - Liyana Jasmay

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Namaku tak perlu disebutkan
dari suara pasti kau kenalku
rupaku tak payah dibayangkan
memang kau tak rugi bertemuku

Ku selalu lihat dari jauh
kutahu kaupun rasa sesuatu
bila kau perlu diriku tiada
biar menjadi misteri hidupmu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey

Memang benar kau jadi rebutan
ramai gadis yang terpikat denganmu
tapi aku beza dari semua
bukan aku menjual mahal

Kerana ku cukup semua
hanya tiada hmmm teman lelaki
sekadar sekadar cuci mata
melihat lelaki seperti kamu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Baru semalam aku bermimpi bertemu kamu
Peliknya rasa lantas kutersedar
Aku tak percaya


ohhh.. aku benar-benar tak mahu percaya pada cinta sekarang, maksud aku c.i.n.t.a untuk someone special.. hmmm... aku harap dapat cepat-cepat sambung belajar... aku tak nak hatiku ini terusik lagi dengan cinta, kecuali lah kalau cinta itu benar-benar sejati.. ahakkxxx!