Sunday, May 8, 2016

My not so backpackers Langkawi trip Part 1.

Dah hampir setahun lebih bekerja tapi tak pernah lagi pergi melancong.

So, last month dapat jugak berkumpul dengan kawan2 lama untuk melancong. Destinasi kami kali ni adalah ke Pulau Langkawi.

Mula2, kami plan untuk melancong secara backpack. Tapi honestly aku seorang yang suka melancong tapi bukan secara backpack, tapi secara santai, sederhana tapi selesa. Bajet mungkin lebih sedikit dari backpackers sebab aku bawa luggage haha.

Anggaran bajet? Dalam RM 800 termasuk flight untuk 6 hari 5 malam. Haha. Mahal tak? Jom tengok budget summary.

Flight : RM 200
Hotel + Car : RM 200
Minyak : RM 18
Makan : RM 100
Aktiviti : RM 148
Shopping : RM 120
Lain2 : RM 35

Untuk trip kali ni, kami memilih Motel Seri Mutiara. Highly recommended motel ni sebab bersih, harga OK, dan tenang. Cuma jauh sikit dari jalan besar. Yang best nya, motel ni provide car rental, aktiviti Island Hopping dan Mangrove Tour.

Veranda bilik

Bilik kami!

To be continue. Part 2.

Thursday, May 14, 2015

Cinta.

Hey. Cinta. Ia bukan seindah seperti dongeng Cinderella. Betul kata pujangga. Aku ingat cerita2 drama tu betul. Haha.

Aku bersyukur. Walaupun terkadang dalam cinta, aku hampir terkandas, namun pengalaman itu yang mendewasakan. Aku belajar untuk lebih menghargai, lebih menyayangi dan menerima seseorang itu apa adanya.

Begitu pendek coretan aku kali ini. Kadang2 kata2 pun tak dapat mengungkapkan apa yang aku rasa.

Terima kasih cinta.

:)

Monday, September 15, 2014

Coretan bebas.

Ha! Esok aku akan berangkat ke Johor Bahru yeah!!! Dengar2 cerita, hanya aku saja pelatih dari Borneo yang dapat posting di Johor. Aku pasti ramai orang di sekeliling aku, termasuk keluarga terdekat aku, terkilan aku dapat di Johor. 2 hari lepas, aku dapat panggilan dari seorang aunty yang merupakan kawan kepada ayahku. Dia seperti bersimpati aku dapat posting di Johor dan seolah-olah aku seperti dicampak ke sana, padahal kerja di Johor adalah memang kemahuan aku sendiri. Aku hanya terdiam dan mengiyakan kata2 nya apabila dia cuba mencari jalan agar aku dapat dipindahkan ke Miri.

Mengapa aku sanggup terbang menyeberangi lautan? Itu semua biarlah rahsia. Suatu saat semuanya akan terungkap sendiri. Biarlah apa orang lain fikir, yang penting aku tau apa yang aku ingin capai. :D

By the way, 2 hari lepas, aku telah menginap di rumah aunty aku di Taman Tunku. Seronok duduk di situ sebab aku dapat isi masa lapang aku dengan aktiviti mencabut bulu burung pada sarang burung. Menurut aunty aku, dia ambil upah mencabut bulu burung ini dengan seorang tauke Cina. Gaji untuk setiap keping sarang burung yang dibersihkan ialah RM2. Bagi aku, sebenarnya gaji itu agak sedikit jika dibandingkan dengan masa yang diambil untuk membuang bulu burung pada sekeping sarang burung, iaitu lebih kurang setengah jam untuk sekeping. Walaupun mengambil masa yang lama, tapi aku suka dengan kerja begini. Simple & relax, tapi memerlukan attention & concentration pada masa yang sama.


Sejak aku jejak ke bandar Miri minggu lepas, aku asyik menjenggah ke Sau Pau Bakery Cafe untuk membeli Chicken and Vegetable Pau. Sedihnya, pau selalu habis. Untungnya hari ni, aku dapat datang awal dan sempat membeli 2 biji pau. Bahagianya!!! Pau ni dalamnya sayur, isi daging ayam dan telur rebus. Ini antara pau yang paling aku suka di Miri. Sedap dan berjus!! Yummyy....


Sau Pau Bakery Cafe
Lot 1098 Jalan Permaisuri GroundfloorMiri 98000Malaysia

Sekian sahaja coretan bebas... :)

Friday, September 12, 2014

At last.

At last aku bergelar Occupational Therapist. Syukur dan tak sangka. Thanks God! Syukur juga sebab dapat di tempat yang aku idamkan. Walaupun jauh dari keluarga, tapi aku harap ini satu permulaan untuk aku mulakan hidup baru. :D

Tadi, aku packing dan selongkar beg. Ternampak uniform hijau yang jadi lambang profesionku di kolej dulu. Tak sangka aku dah tak pakai uniform tu lagi.

Tinggal kenangan.. Uniform hijauku


Harap di tempat kerja nanti semuanya berjalan dengan lancar.

#Jesusbewithmeamen. :D

Sunday, June 15, 2014

Choose LIFE.

Sudah sekian lama aku ingin kongsikan tentang hal ini. Beberapa hari ini, aku rasa hidup ini singkat. Tiba2 aku rasa kematian akan menjengah bila2 masa. Perasaan ini seperti perasaan yang berjaga-jaga, ada juga rasa takut kerana jujur aku belum bersedia. Aku fikir, banyak aku belum lakukan, banyak aku belum capai dan sebagainya. Ia buat aku reflect balik, sebenarnya banyak masa yang telah aku buang, banyak peluang yang telah aku sia-siakan, banyak dosa yang telah aku lakukan. 

Semasa aku klinikal di satu tempat di Johor, aku berkenalan dengan seorang teman yang masih seorang pelajar seperti aku, masih dalam usia 20-an. Sedihnya, dia menghidap Diabetes dan perlu menjalani dialysis 3 kali seminggu. Aku dapat lihat kepedihan yang dia alami tetapi wajahnya tetap tabah dan ceria. Aku sangat kagum dengan semangatnya menempuh hidup ini walaupun dengan keadaan yang begitu. Aku cuba dalami dan rasai, jika aku di situasinya, kuatkah aku, tabahkah aku atau aku menyerah dan memilih untuk terlantar? 

Dari kisah dan pengalamannya, aku belajar bersyukur. Even dari pesakit2 yang aku pernah jumpa juga, aku belajar bersyukur. Kita yang punya fizikal, mental dan spiritual yang baik, kita seharusnya menggunakannya sehabis baik. Larilah sekuat hati menuju matlamat. Bekerjalah bersungguh-sungguh selagi terdaya. Bersemangatlah menjalani hidup. Cintai dan hargai orang sekelilingmu selagi mereka masih ada etc. Live your life to the fullest.

#bersyukurlah. Ingatan untuk diri sendiri juga. :D